Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Landasan Lapangan Terbang Limbang dinaik taraf
  • Utara
  • WILAYAH

Landasan Lapangan Terbang Limbang dinaik taraf

Utusan Sarawak 6 hours ago
MASA DEPAN...Dr Abdul Rahman pada majlis Penyerahan Jentera Berat sumbangan DUBS Pusat melalui DUBS Holding Sdn Bhd kepada DUBS Cawangan Limbang.

LIMBANG: Kerajaan Sarawak bersetuju memanjangkan landasan Lapangan Terbang Limbang sehingga 2.3 kilometer bagi meningkatkan kapasiti penerbangan serta kemudahan perhubungan udara di kawasan utara negeri ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Abdul Rahman Ismail berkata, cadangan itu akan membolehkan pesawat lebih besar, termasuk jet komersial, mendarat di Limbang sekali gus membuka potensi laluan penerbangan jarak jauh pada masa hadapan.

“Semasa program Sarawakku Sayang di Limbang, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencadangkan agar landasan Lapangan Terbang Limbang dipanjangkan sehingga kira-kira 2.3 kilometer. Jika cadangan itu direalisasikan, pesawat Boeing juga boleh mendarat, termasuk bagi penerbangan dari Kuching mahupun Kuala Lumpur dan sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Jentera Berat sumbangan Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Pusat melalui DUBS Holding Sdn Bhd kepada DUBS Cawangan Limbang di Pejabat Persatuan Melayu Limbang (PML), hari ini.

Menurut beliau, projek naik taraf Lapangan Terbang Limbang sebelum ini melibatkan pemanjangan landasan kepada 1,790 meter selain pemasangan sistem pencahayaan baharu bagi meningkatkan aspek keselamatan penerbangan.

Katanya lagi, projek bernilai RM50 juta yang dibiayai kerajaan Sarawak itu kini berada dalam fasa persediaan tender.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pekerja ladang sawit terselamat diserang buaya 3.35 meter di Ladang Tisak
Next: Kunci tertinggal dalam kereta, anggota APM pantas hulur bantuan di Kolej Vokasional Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.