Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Koperasi di bawah DUBS mampu perkasa ekonomi usahawan bumiputera
  • Utara
  • WILAYAH

Koperasi di bawah DUBS mampu perkasa ekonomi usahawan bumiputera

Utusan Sarawak 4 hours ago
SERAH JENTERA…Dr Abdul Rahman pada Majlis Penyerahan Jentera Berat sumbangan DUBS Pusat, melalui DUBS Holding Sdn Bhd kepada DUBS Cawangan Limbang.

LIMBANG: Penubuhan Koperasi Kakal Maju Limbang Sdn Bhd di bawah Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Limbang dilihat sebagai inisiatif tepat dalam memperkasakan ekonomi usahawan bumiputera melalui konsep perniagaan berkumpulan dan perkongsian modal.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Abdul Rahman Ismail berkata, Koperasi Kakal Maju Limbang Sdn Bhd menyediakan platform jaringan perniagaan bagi memperkasakan ekonomi ahli-ahlinya dalam pelbagai sektor yang berpotensi dimajukan, termasuk dalam perniagaan dan pertanian.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Jentera Berat sumbangan DUBS Pusat melalui DUBS Holding Sdn Bhd kepada DUBS Cawangan Limbang di Pejabat Persatuan Melayu Limbang (PML), hari ini.

Seterusnya, beliau berkata DUBS Cawangan Limbang yang ketika ini masih menyewa premis di bangunan lain bakal memiliki bangunan kedai sendiri dengan kos pembinaan sebanyak RM1.8 juta.

Selain bangunan, DUBS Cawangan Limbang juga mempunyai aset berupa dua jentera berat yang disumbangkan oleh DUBS Pusat melalui DUBS Holding Sdn Bhd untuk disewakan kepada syarikat serta individu yang berminat.

Katanya, perkara itu secara tidak langsung akan menambah dana kepada mereka sekali gus memastikan badan itu terus agresif, berdaya saing dan dinamik dalam mengangkat ekonomi serta bidang keusahawanan dan perniagaan bumiputera ke peringkat lebih tinggi.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Semangat berpasukan perkukuh integriti warga IPD Saratok
Next: Kemudahan baharu RTP bantu selesai isu parkir rumah panjang di Pasai Siong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.