APM bantu lelaki tertinggal kunci dalam kenderaan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
SKUAD Bravo berjaya membuka pintu kereta yang kuncinya tertinggal dalam kereta di Kampung Cina Long Lama. Foto APM Telang Uasan

TELANG USAN: Sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Telang Usan berjaya membantu seorang lelaki yang tertinggal kunci di dalam kenderaannya di Kampung Cina, Long Lama, awal pagi tadi.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Telang Usan menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 11.05 pagi yang melaporkan insiden tersebut.

Skuad Bravo bergerak segera ke lokasi kira-kira 5 kilomter dari PKOD dengan kekuatan tiga anggota diketuai Pbt. (PA) Hilkia Balan Nuh.

Setibanya di lokasi, skuad tersebut menjalankan operasi dengan teknik mencungkil untuk membuka pintu kereta milik pengadu dikenali Wan Ajeng berusia lingungan 54 tahun.

Selesai tugas Skuad Bravo bergerak pulang ke PKOD Daerah Telang Usan.

Oleh Jiku Juguong