Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki larikan beg sandang diberkas di Bekenu
  • JENAYAH

Lelaki larikan beg sandang diberkas di Bekenu

Utusan Sarawak 4 hours ago
DITAHAN… Suspek yang dipercayai mencuri beg sandang ditahan polis di Kampung Bungai, Bekenu semalam. Foto IPD Miri

MIRI: Tindakan lelaki tempatan dipercayai mencuri beg sandang mengandungi barangan serta dokumen peribadi membawa padah apabila diberkas polis di Kampung Bungai, Bekenu, semalam.

Polis Daerah Miri menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, suspek ditahan kira-kira 11.30 malam oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri bersama anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Miri.

Menurutnya, tangkapan dilakukan susulan laporan polis berhubung kehilangan beg sandang milik mangsa di Pejabat Son Soon Enterprise, Padang Kerbau, di sini.

 DIRAMPAS… Polis berjaya merampas semula telefon pintar jenis iPhone 15 Pro Max yang dipercayai dicuri suspek untuk dijadikan barang kes. Foto IPD Miri

“Hasil pemeriksaan, polis berjaya merampas semula telefon pintar jenis iPhone 15 Pro Max yang dipercayai dicuri suspek untuk dijadikan barang kes.

“Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada pihak polis.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki disiasat kerana dipercayai membuat laporan polis palsu di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.