Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Utusan Sarawak 3 hours ago
SETIAUSAHA Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad yang mewakili ADUN Kalaka pada majlis serah tapak projek menaik taraf rumah pengebumian di kawasan perkuburan Cina Jalan Feeder kepada kontraktor yang berjaya dipilih menerusi proses cabut undi. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi menaik taraf rumah pengebumian di kawasan perkuburan Cina Jalan Feeder di sini bakal memberikan kemudahan dan keselesaan lebih baik kepada komuniti setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, keadaan rumah pengebumian yang kini sudah uzur dan rosak akan berubah wajah menerusi pelaksanaan projek RTP tersebut apabila siap sepenuhnya nanti.

Menurut beliau, projek berkenaan memperlihatkan komitmen kerajaan dalam memastikan kemudahan awam termasuk fasiliti komuniti sentiasa berada dalam keadaan baik dan selesa untuk digunakan.

Sesi serah tapak projek tersebut telah diwakili oleh Setiausaha Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad kepada kontraktor yang berjaya dipilih menerusi proses cabut undi.

SETIAUSAHA Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad yang mewakili ADUN Kalaka pada majlis serah tapak projek menaik taraf rumah pengebumian di kawasan perkuburan Cina Jalan Feeder kepada kontraktor yang berjaya dipilih menerusi proses cabut undi. Foto ADUN Kalaka

Majlis Daerah Saratok bertindak sebagai agensi pelaksana projek berkenaan yang dijangka dimulakan dalam masa terdekat.

Kontraktor yang dilantik pula dipilih menerusi proses cabut undi yang dikendalikan oleh Pejabat Residen Bahagian Betong bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan secara telus dan teratur.

Sementara itu, Pemanca Lim Guan Ann merakamkan penghargaan kepada Pusat Khidmat ADUN Kalaka atas keprihatinan memenuhi keperluan komuniti Cina di Saratok.

Beliau berkata, projek naik taraf tersebut amat diperlukan kerana ia akan memberi kemudahan lebih baik kepada pengguna serta meningkatkan keselesaan fasiliti di tanah perkuburan Cina Jalan Feeder.

Katanya lagi, usaha berkenaan turut membuktikan kerjasama erat antara kerajaan dan masyarakat dalam memastikan kebajikan komuniti pelbagai kaum terus diberi perhatian.

Turut hadir semasa sesi serah tapak itu ialah Suriati David Thomas, Pemanca Lim Guan Ann serta ahli jawatankuasa Persatuan Tanah Perkuburan Cina Jalan Feeder Saratok.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Bantuan Sejahtera MADANI RM20,000 disalur kepada 40 KIR Sri Aman dan Pantu
Next: Polis Bau turunkan 82 poster pinjaman wang haram dalam Op Vulture

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.