Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Mohd Khafiz cipta sejarah tawan Gunung Everest
  • INSPIRASI

Mohd Khafiz cipta sejarah tawan Gunung Everest

Utusan Sarawak 4 hours ago
TAWAN… Mohd Khafiz Bachok mencipta sejarah apabila berjaya menempatkan diri dalam kalangan pendaki elit Malaysia yang berjaya menawan Gunung Everest pada 2.25 pagi waktu Nepal, hari ini.

KUALA LUMPUR: Mohd Khafiz Bachok mencipta sejarah apabila berjaya menempatkan diri dalam kalangan pendaki elit Malaysia yang berjaya menawan Gunung Everest pada 2.25 pagi waktu Nepal, hari ini.

Menurut hantaran Facebook oleh penganjur ekspedisi AltiPro Adventures, Mohd Khafiz berjaya menawan gunung tertinggi dunia berketinggian 8,848.86 meter (m) itu bersama pendaki Mongolia, Munkhuu Myagmar serta pemandu Sherpa, Mingma Dorchi Sherpa (Saila) dan Karma Gyalje Sherpa.

Satu lagi kumpulan pendaki terdiri daripada pendaki Australia, Jennifer Claire Willis selain pendaki Nepal, Phunjo Jangmu Lama, Mingma Nurbu Sherpa dan Pastenji Sherpa turut berjaya tiba di puncak kira-kira 10 minit kemudian.

Sebelum ini, Mohd Khafiz pernah menawan gunung kedua tertinggi dunia, K2 setinggi 8,611m di Pakistan serta gunung kelapan tertinggi dunia, Manaslu berketinggian 8,163m di Nepal.

Altipro Adventures menyifatkan kejayaan itu sebagai pencapaian bersejarah buat syarikat berkenaan kerana ia menandakan musim ekspedisi Everest pertama mereka berjaya dilaksanakan dengan cemerlang. 

“Dengan rasa bangga dan penuh kesyukuran, AltiPro Adventures meraikan satu pencapaian bersejarah. Kejayaan ini menandakan permulaan perjalanan kami dalam kepimpinan ekspedisi altitud tinggi, yang dibina atas komitmen, kerja berpasukan, keselamatan serta ketabahan yang tidak pernah luntur.

“Di salah satu persekitaran pendakian paling mencabar di dunia, para pendaki kami dan pasukan Sherpa telah menunjukkan ketahanan, kekuatan serta semangat ekspedisi yang luar biasa, sekali gus berjaya mencapai ‘bumbung dunia’ menerusi pendakian puncak yang selamat dan strategik,” menurut hantaran itu.

Altipro Adventures berkata kejayaan pendakian itu mencerminkan semangat kerja berpasukan yang kukuh, disiplin serta ketabahan tinggi yang ditunjukkan oleh para pendaki dan pemandu sepanjang ekspedisi di kawasan pergunungan Himalaya yang mencabar.

Syarikat itu turut merakamkan penghargaan kepada pasukan Sherpa atas kepakaran dan komitmen mereka dalam memastikan keselamatan serta kejayaan ekspedisi berkenaan.

Altipro Adventures turut memaklumkan bahawa semua pendaki kini memberi tumpuan untuk melakukan penurunan dengan selamat kembali ke Kem Induk Gunung Everest selepas berjaya melakukan pendakian ke puncak.

-Bernama

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Penangan media sosial dorong anak muda cuba nasib jual biskut raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.