SIBU, 6 November: Semangat kemanusiaan dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan terus menjadi pendorong kepada Soffian Abus untuk tampil menderma darah sehingga mencatatkan pendermaan kali ke-101.
Pencapaian membanggakan itu direkodkan selepas beliau menyempurnakan pendermaan darahnya di Tabung Darah Hospital Sibu, baru-baru ini.
Komitmen berterusan Soffian dalam menjayakan usaha menyelamatkan nyawa menerusi pendermaan darah wajar dijadikan contoh dan inspirasi kepada masyarakat.
Sebanyak 101 kali pendermaan bukan sahaja mencerminkan keprihatinan beliau terhadap kebajikan insan lain, malah membuktikan semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam membantu pesakit yang memerlukan bekalan darah.
Sumbangan beliau turut mendapat penghargaan daripada pihak Tabung Darah Hospital Sibu atas kesungguhan dan keikhlasan yang ditunjukkan sepanjang penglibatannya sebagai penderma darah.
Pencapaian itu diharap dapat menyuntik semangat kepada lebih ramai anggota masyarakat untuk tampil menderma darah secara sukarela dan menjadikan amalan berkenaan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial.
Budaya menderma darah perlu terus dipupuk dalam kalangan masyarakat memandangkan setiap sumbangan amat bermakna kepada pesakit yang memerlukan transfusi darah.
Walaupun penderma tidak mengenali individu yang menerima darah mereka, sumbangan tersebut berpotensi menjadi harapan kepada seseorang untuk meneruskan kehidupan.
Sehubungan itu, orang ramai yang layak dan berada dalam keadaan sihat digalakkan tampil menderma darah bagi membantu memastikan bekalan darah Hospital Sibu sentiasa mencukupi.
Oleh Akun Giman





