Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • PDRM siasat dakwaan Jho Low hadiri mesyuarat rahsia di Malaysia
  • JENAYAH

PDRM siasat dakwaan Jho Low hadiri mesyuarat rahsia di Malaysia

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Seri Mohd Khalid Ismail

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengesahkan dakwaan keberadaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, di negara ini pada hujung tahun lepas.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata pihaknya setakat ini belum mendapat kepastian berhubung kesahihan dakwaan membabitkan ahli perniagaan dalam buruan itu.

“Ya, isu ini kita pun tak dapatkan kepastian lagi sejauh mana kebenarannya. Jadi saya akan mengambil tindakan yang sewajarnyalah untuk memastikan (sama ada) perkara ini benar-benar berlaku ataupun tidak.

“Jadi kita melihat bahawa siasatan masih lagi berterusan. Menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan semuanya berjalan dengan baik dan lancar,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Autisme di Pusat Autisme Pengaman-PDRM di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Sarawak Report yang mendakwa Jho Low menghadiri mesyuarat rahsia di Malaysia bersama delegasi dari China pada penghujung tahun lalu.

Mohd Khalid menegaskan PDRM akan mengeluarkan kenyataan rasmi sekiranya terdapat sebarang perkembangan terbaharu berkaitan isu berkenaan.

Terdahulu, beliau meluangkan masa meraikan anak-anak daripada Pusat Autisme Pengaman-PDRM yang menyediakan kemudahan pendidikan dan sokongan kepada warga PDRM serta masyarakat setempat.

Beliau berkata pusat yang kini mengendalikan kira-kira 50 kanak-kanak itu mendapat sokongan penuh PDRM melalui penyediaan fasiliti serta bantuan tabung kebajikan bagi meringankan kos penjagaan keluarga terlibat.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pusat Autisme Pengaman-PDRM Tan Sri Hussin Ismail berkata pusat berkenaan berkembang pesat sejak ditubuhkan pada 2020 hasil sokongan pelbagai pihak. – Bernama

Continue Reading

Previous: Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 1,170 karton arak bernilai RM221,000
Next: 17 kenderaan disita dalam Ops Gempur Kenyalang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.