6 migran termasuk remaja ditemukan maut dalam gerabak kereta api Texas

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan.

ISTANBUL: Enam migran, termasuk seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemukan maut dalam sebuah gerabak kereta api di Laredo, Texas menurut pihak berkuasa semalam, lapor Anadolu Ajansi yang memetik The Washington Post.

Tiga daripada mangsa adalah warga Mexico, manakala tiga lagi sama ada disahkan atau dipercayai berasal dari Honduras, menurut pegawai dari negara itu.

Ketua Polis Laredo Miguel Rodriguez berkata pihak berkuasa percaya mangsa adalah mangsa operasi penyeludupan manusia dan siasatan peringkat persekutuan sedang dijalankan.

Rodriguez berkata kereta api itu bertolak dari Long Beach pada 7 Mei dan tiba di Del Rio pada Sabtu, sebelum kesemua mangsa dipercayai memasuki gerabak di kawasan itu.

Mayat ditemukan selepas kereta api tiba di kawasan Laredo pada Ahad.

Datuk Bandar Laredo, Victor Trevino berkata penemuan awal perubatan menunjukkan mangsa mungkin maut akibat strok haba beberapa jam sebelum ditemukan. – Bernama

Google bakal uji cip AI di angkasa lepas

SAN JOSE, California: Google akan melancarkan sebuah satelit prototaip bagi menilai prestasi cip kecerdasan buatan (AI) syarikat itu di angkasa

Tiga wanita cuba curi kabel SEB ditahan

MIRI: Cubaan tiga wanita mencuri kabel milik Sarawak Energy Berhad (SEB) tidak kesampaian apabila mereka ditahan polis berhampiran Balai Bomba