
KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 51 motosikal dan 66 individu diperiksa dalam Op Bersepadu yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan di kawasan sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Asajaya, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Barry William berkata sebanyak 38 keping saman PDRM (K) 257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Beliau berkata, dalam operasi tersebut, lapan motosikal turut disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Operasi ini bertujuan meningkatkan pematuhan undang-undang jalan raya khususnya dalam kalangan pelajar selain memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin,” katanya.
Menurut beliau, operasi berkenaan melibatkan seorang pegawai dan tujuh anggota BSPT dengan bantuan dua anggota Balai Polis Asajaya.
Oleh Connie Chieng