Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Fasa 1 projek bangunan baharu MPP selesai, tapak kini sedia dibangunkan
  • Selatan
  • WILAYAH

Fasa 1 projek bangunan baharu MPP selesai, tapak kini sedia dibangunkan

Utusan Sarawak 12 hours ago
PENYERAHAN Projek Kerja Tanah (Fasa 1) bagi pembinaan bangunan baharu Majlis Perbandaran Padawan (MPP) kepada Pengerusi MPP, Kr.  Tan Kai dan jurutera majlis MPP, Ir.  Mohd Hazwan Othman dari kontraktor Merakai Indah Sdn Bhd

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) telah secara rasmi menerima Projek Kerja Tanah yang siap sepenuhnya (Fasa 1) bagi pembinaan bangunan baharu MPP, sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam pelan pembangunan masa depan majlis tersebut.

Projek kerja tanah yang meliputi kawasan kira-kira 12.6 hektar itu telah siap sepenuhnya bagi skop kerja utama.

Kerja-kerja yang dilaksanakan termasuk penambakan 34 kolam pertanian, pemasangan pagar sementara, penanaman rumput serta penyediaan keseluruhan tapak bagi fasa pembinaan seterusnya.

Semasa lawatan pemeriksaan tapak, Pengerusi MPP Tan Kai, yang diiringi oleh jurutera majlis MPP, Ir. Mohd Hazwan Othman, wakil Merakai Indah Sdn. Bhd. serta pegawai MPP, menyatakan rasa puas hati terhadap kualiti kerja yang telah disiapkan.

Beliau berkata perhatian khusus telah diberikan kepada proses penambakan dan pemadatan tanah yang melibatkan tujuh lapisan tanah, dengan Ujian Ketumpatan Tambakan dijalankan pada setiap lapisan bagi memastikan tanah berada dalam keadaan stabil dan sesuai untuk pembangunan masa hadapan.

Tan Kai turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek ini disiapkan dengan jayanya mengikut skop dan jadual yang dirancang.

Beliau berkata bangunan baharu MPP pada masa hadapan dijangka menyediakan persekitaran yang lebih selesa dan mesra orang ramai dalam urusan harian mereka dengan majlis tersebut.

Keseluruhan pembangunan itu juga dijangka merangkumi kemudahan rekreasi dan mesra komuniti untuk kegunaan awam.

Susulan siapnya fasa kerja tanah ini, majlis akan meneruskan fasa seterusnya yang melibatkan pembinaan bangunan baharu tersebut dalam masa terdekat.

Oleh: Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 51 motosikal diperiksa, lapan disita dalam Op Bersepadu di SMK Asajaya
Next: Bunga kantan sentiasa mendapat permintaan tinggi 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.