Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan lelaki tempatan, rampas dadah bernilai RM2,700 di Kuching
  • JENAYAH

Polis tahan lelaki tempatan, rampas dadah bernilai RM2,700 di Kuching

Utusan Sarawak 17 hours ago
RAMPAS… Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun serta merampas dadah disyaki ketamin dan cecair ganja dalam satu operasi di Jalan Song, semalam. Foto IPD Kuching

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun serta merampas dadah disyaki ketamin dan cecair ganja dalam satu operasi di Jalan Song, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menjalankan tangkapan tersebut kira-kira 2.45 petang di belakang sebuah kedai makan di kawasan berkenaan.

“Polis merampas dadah disyaki ketamin seberat lapan gram dan cecair ganja seberat 42.5 gram dengan anggaran nilai pasaran RM2,700,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ketamin.

Beliau berkata, semakan turut mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun serta sebatan antara tiga hingga sembilan kali, jika disabitkan kesalahan.

Suspek kini direman selama empat hari bermula 14 hingga 17 Mei ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan.

ACP Alexson berkata, kejayaan operasi itu adalah hasil risikan berterusan serta kerjasama orang awam.

Beliau menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

“Memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti dadah merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik komited memerangi dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah boleh menghubungi talian hotline JSJN di 012-208 7222 atau hotline JSJN IPK Sarawak di 017-592 9211.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: AKPS KLIA gagalkan cubaan seludup kokain bernilai hampir RM1.5 juta
Next: Pelajar IPT ditahan miliki bahan pornografi kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.