Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Maraton Kuching 2026 dijangka capai 16,000 peserta, catat rekod baharu
  • SUKAN

Maraton Kuching 2026 dijangka capai 16,000 peserta, catat rekod baharu

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika sidang media Kuching Marathon 2026 di Bilik Media Kompleks DUN, Petra Jaya, hari ini. Foto Masrin Affirah.

PETRA JAYA: Edisi ke-11 Maraton Kuching 2026 dijangka mencatat penyertaan sehingga 16,000 orang, sekali gus berpotensi menjadi rekod tertinggi sejak acara itu dianjurkan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sambutan bagi acara yang akan berlangsung pada 27 September itu semakin memberangsangkan apabila sekitar 8,000 peserta telah pun mendaftar setakat ini.

“Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu yang merekodkan sekitar 14,000 peserta, dengan sebahagian besar peserta turut datang dari luar kawasan Kuching.

RAKAM kenangan bersama tetamu kehormat dan pihak penganjur selepas sidang media HSL Samarahan Half Marathon 2026 di Kompleks DUN, hari ini. Foto Adele Rissa.

“Pendaftaran masih dibuka dan kita menjangkakan angka ini akan terus meningkat. Sasaran 16,000 itu mungkin boleh dicapai atau melepasi jangkaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Maraton Kuching 2026 di Bilik Media Kompleks DUN, hari ini. 

Menurutnya, perkembangan positif itu membuktikan bahawa penganjuran acara larian berskala besar semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, selain memberi kesan langsung kepada sektor pelancongan dan ekonomi setempat melalui kehadiran peserta dari luar.

Untuk rekod, acara berkenaan menawarkan jumlah keseluruhan hadiah sebanyak RM125,000. Semua peserta yang menamatkan larian akan menerima pingat penamat, manakala peserta kategori marathon penuh dan separuh marathon turut menerima baju finisher.

Dalam masa sama, penganjur turut merancang inisiatif Premier Elite Marathoners bagi memberi pengiktirafan kepada peserta yang berjaya menamatkan tiga marathon utama di Sarawak iaitu Kuching, Miri dan Bintulu dalam tempoh setahun.

Oleh Adele Rissa 

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Tang Jie-Ee Wei, Bonnie Bunyau atlet terbaik SAM-100PLUS 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.