Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Larian Separuh Maraton HSL Samarahan dijangka tarik lebih 2,000 peserta
  • SUKAN

Larian Separuh Maraton HSL Samarahan dijangka tarik lebih 2,000 peserta

Utusan Sarawak 3 hours ago
RAKAMAN gambar kenangan bersama tetamu kehormat dan pihak penganjur selepas sidang media Larian Separuh Maraton HSL Samarahan 2026 di Kompleks DUN, hari ini. Foto Adele Rissa

PETRA JAYA: Lebih 2,000 pelari tempatan dan antarabangsa sudah mengesahkan penyertaan bagi Larian Separuh Maraton Hock Seng Lee (HSL) Samarahan 2026 yang akan berlangsung hujung minggu ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, acara berkenaan kini menjadi antara program sukan tahunan yang semakin mendapat perhatian di Samarahan, sekali gus membantu merancakkan industri pelancongan negeri.

“Penyertaan bukan sahaja melibatkan pelari tempatan, malah turut menarik minat peserta antarabangsa untuk mengambil bahagian.

“Kerajaan Sarawak melalui kementerian yang saya terajui akan terus menyokong penganjuran acara seperti ini kerana ia memberi manfaat besar dari segi memupuk budaya hidup sihat, memperkasa komuniti dan pada masa sama mempromosikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Larian Separuh Maraton HSL Samarahan 2026 di Bilik Media Kompleks DUN, hari ini.

MENTERI Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media Larian Separuh Maraton HSL Samarahan 2026 di Bilik Media Kompleks DUN, hari ini. Foto Adele Rissa 

Dalam pada itu, Abdul Karim memaklumkan edisi kali ini hanya akan melibatkan kategori separuh maraton susulan pelaksanaan projek Transit Aliran Autonomi (ART) yang sedang giat dijalankan di kawasan Samarahan.

Katanya, keadaan laluan yang masih dipengaruhi kerja pembinaan menyebabkan penganjur mengambil pendekatan menyesuaikan jarak perlumbaan demi keselamatan peserta.

“Memandangkan keadaan semasa di Samarahan yang masih melibatkan banyak kerja pembinaan berkaitan ART, adalah lebih sesuai acara ini diadakan dalam format separuh maraton.

“Kita mahu memastikan laluan perlumbaan berada dalam keadaan selamat dan kondusif untuk semua peserta,” ujarnya.

Oleh Adele Rissa 

Continue Reading

Previous: Terbuka Thailand: Sze Fei-Izzuddin mara ke pusingan kedua
Next: RTM Unifi TV tayang kesemua 104 perlawanan Piala Dunia 2026 – Fahmi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.