Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Guardiola kata Man City ‘masih berjuang’ untuk gelaran Liga Perdana
  • SUKAN

Guardiola kata Man City ‘masih berjuang’ untuk gelaran Liga Perdana

Utusan Sarawak 5 hours ago

Pep Guardiola yakin Manchester City masih mampu mencabar Arsenal dalam perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini. Foto AFP

LONDON: Pep Guardiola menegaskan Manchester City tidak berdepan tekanan tambahan walaupun mereka secara realistik perlu menewaskan Crystal Palacepada Rabu untuk terus menghidupkan peluang mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris.

City yang masih berbaki tiga perlawanan kini ketinggalan lima mata di belakang pendahulu liga, Arsenal, namun mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

Jika gagal menang di Stadium Etihad, skuad kendalian Mikel Arteta itu berpeluang mengesahkan kejuaraan EPL pertama mereka dalam tempoh 22 tahun apabila menentang Burnley Isnin depan.

Guardiola ditanya dalam sidang media pra-perlawanan pada Selasa mengenai tekanan yang dihadapi City susulan beberapa keputusan terkini termasuk seri 3-3 menentang Everton minggu lalu.

“Tekanannya sama sahaja seperti dua hari lalu, tiga hari lalu, seminggu lalu atau dua minggu lalu,” katanya.

Pengendali City yang memburu gelaran EPL ketujuh dalam tempoh sembilan musim itu berkata beliau belum bertemu pemainnya untuk menilai suasana pasukan selepas aksi dramatik Arsenal menentang West Ham United Ahad lalu.

The Gunners menang 1-0 selepas gol penyamaan lewat West Ham dibatalkan hasil semakan VAR yang panjang.

“Saya belajar sepanjang karier sebagai pengurus, perkara yang anda tidak boleh kawal, lupakan sahaja,” kata Pep Guardiola.

“Kami perlu fokus dan memperbaiki apa yang tidak dilakukan dengan baik musim ini untuk terus bersaing merebut Liga Perdana. Kami masih berjuang dan selepas ini bertemu Crystal Palace.”

Palace akan melayan Arsenal pada hari terakhir musim EPL, hanya beberapa hari sebelum mereka berdepan kelab Sepanyol, Rayo Vallecano, dalam final Liga Konferensi, namun Guardiola tidak bimbang jika lawan mereka menurunkan pasukan lemah.

“Mereka sangat profesional. Crystal Palace akan tetap bermain habis-habisan,” katanya.

“Kita lihat semalam bagaimana Leeds United menentang Tottenham Hotspur(seri 1-1), walaupun sudah tidak terbabit dalam perebutan penyingkiran, mereka tetap bersaing dengan baik.”

Guardiola turut memaklumkan Rodri dan Abdukodir Khusanov semakin pulih dan keputusan sama ada mereka bersedia kembali beraksi akan dibuat selepas sesi latihan Selasa.

City juga bakal menentang Chelsea dalam final Piala FA Sabtu ini dan masih berpeluang memburu treble domestik selepas menjuarai Piala Liga awal musim ini. – AFP

Continue Reading

Previous: White cedera lutut, terlepas baki musim untuk Arsenal
Next: Terbuka Thailand: Sze Fei-Izzuddin mara ke pusingan kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.