Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran hutan musnahkan ribuan hektar di Florida, komuniti berhampiran dilindungi
  • KEBAKARAN

Kebakaran hutan musnahkan ribuan hektar di Florida, komuniti berhampiran dilindungi

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEBAKARAN hutan musnahkan ribuan hektar di Florida, komuniti berhampiran dilindungi. Foto agensi.

PEMBROKE PINES: Kebakaran hutan besar yang berlaku di barat Broward County menyebabkan asap tebal bergerak ke kawasan Holly Lake di Pembroke Pines, Florida pada Ahad, ketika pelbagai agensi memantau keadaan berhampiran kawasan kejiranan, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Anadolu Ajansi.

Polis Pembroke Pines memaklumkan terdapat pasukan penyelamat kebakaran ditempatkan di sepanjang perimeter komuniti Holly Lake berhampiran US 27 dan Pines Boulevard ketika kebakaran hutan terus merebak ke kawasan berhampiran. Pihak berkuasa melaporkan kebakaran itu memusnahkan sekitar 1,942.5 hektar dan masih belum berjaya dikawal sepenuhnya setakat petang Ahad.

Polis turut menasihatkan pemandu agar mengelakkan kawasan itu selepas orang ramai yang berhenti di jalan berhampiran untuk menyaksikan kebakaran menyebabkan kesesakan lalu lintas berhampiran US 27 dan Pines Boulevard. Pegawai memberi amaran kenderaan yang cuba berhenti di sepanjang jalan raya akan diarahkan bergerak.

Menurut pihak berkuasa, agensi termasuk Perkhidmatan Hutan Florida, Polis Pembroke Pines, Pejabat Sheriff Broward dan pasukan Miami-Dade bekerjasama bagi mengelakkan kebakaran daripada mengancam komuniti berhampiran. Tiada kecederaan dilaporkan. – Bernama

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kabinet luar rumah terbakar berjaya dipadam orang awam
Next: Kereta musnah terbakar di Kampung Jugan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.