Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • RISDA sasar pengeluaran 1 juta tan metrik getah menjelang 2030
  • SEMASA

RISDA sasar pengeluaran 1 juta tan metrik getah menjelang 2030

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENGARAH RISDA Sarawak, Shaharuddin Saberi merakamkan gambar kenangan bersama yang lain selepas merasmikan Program PKPK RISDA Bahagian Betong di Rumah Indit Munang, Pakan, pagi tadi. Foto Adi Safarman

PAKAN: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) optimis mencapai sasaran pengeluaran getah negara sebanyak satu juta tan metrik menjelang akhir 2030 menerusi pelaksanaan Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK).

Program tersebut merupakan inisiatif di bawah Pelan Strategik Kemakmuran Mampan Pekebun Kecil (SKEMA) yang dirangka bagi memperkasakan sosioekonomi komuniti pekebun kecil melalui pendekatan lebih berfokus dan berimpak tinggi.

Pengarah RISDA Sarawak, Shaharuddin Saberi berkata, selain meningkatkan pengeluaran getah negara, program itu turut menyasarkan untuk menyantuni seramai dua juta pekebun kecil atau Ahli Isi Rumah (AIR) di seluruh negara.

PENGARAH RISDA Sarawak, Shaharuddin Saberi menyampaikan menyampaikan 100 bakul makanan berisi keperluan asas kepada pekebun kecil getah. Foto Adi Safarman

Menurut beliau, usaha berkenaan penting bagi memastikan golongan pekebun kecil tidak tercicir daripada arus pembangunan industri komoditi negara selain mengembalikan semula minat mereka untuk mengusahakan kebun yang terbiar.

“Kita mahu pekebun kecil kembali aktif mengusahakan kebun masing-masing dan RISDA akan terus membimbing serta menyokong mereka bagi merealisasikan aspirasi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menjadikan Malaysia kembali sebagai antara pengeluar getah utama dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program PKPK RISDA Bahagian Betong di Rumah Indit Munang, Pakan, yang juga merupakan salah satu Kampung Hevea Lestari di bawah seliaan RISDA Bahagian Betong, di sini pagi tadi.

Bagi memperkukuh usaha menstabilkan harga pasaran dan memastikan pekebun memperoleh pulangan lebih baik, RISDA kini berperanan sebagai pembeli utama bagi hasil getah pekebun kecil.

Melalui pendekatan itu, pembelian getah skrap, getah keping dan lateks dilakukan secara terus di rumah panjang atau kebun menerusi pengurusan oleh RISDA Plantation Sdn Bhd dengan bayaran tunai diberikan serta-merta kepada pekebun.

Menurut Shaharuddin, pendekatan berkenaan bukan sahaja membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil malah mampu mengurangkan kebergantungan mereka kepada orang tengah.

Pada masa sama, RISDA turut memberi tumpuan kepada Program Getah Terbiar bagi memastikan pokok getah matang tidak dibiarkan tanpa ditoreh sekali gus meningkatkan produktiviti sektor berkenaan.

Beliau berkata, program itu dilihat mampu membuka peluang kepada lebih ramai pekebun kecil untuk kembali aktif dalam sektor penorehan getah yang sebelum ini kurang mendapat perhatian akibat ketidakstabilan harga pasaran.

TUAI Rumah Indit Munang menyampaikan cenderahati kepada Pengarah RISDA Sarawak, Shaharuddin Saberi. Foto Adi Safarman
 

Selain memperkukuh aspek ekonomi, RISDA turut menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan komuniti pekebun kecil dengan menyampaikan 100 bakul makanan berisi keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan gula.

Sumbangan tersebut bertujuan membantu meringankan beban kos sara hidup pekebun kecil getah terutama sebagai persiapan menyambut Perayaan Gawai yang bakal diraikan pada 1 Jun depan.

Shaharuddin turut menggesa pekebun kecil agar terus memberikan komitmen dalam mengusahakan kebun masing-masing demi memastikan kelangsungan pendapatan keluarga serta kestabilan industri getah negara pada masa hadapan.

Turut hadir ialah Pegawai RISDA Bahagian Betong, Siti Hajrah Mohamed Gaus; Pengurus Wilayah RISDA Plantation Sdn Bhd Sarawak, Fakrul Azfar Saadan@Sa’adon dan Tuai Rumah Indit Munang.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 13 Ahli Dewan Negara termasuk enam lantikan baharu angkat sumpah senator hari ini
Next: Larry Asap angkat sumpah sebagai Senator Dayak pertama DAP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.