Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Sarawak tekad kuasai data demi keselamatan negeri
  • SEMASA

DUN: Sarawak tekad kuasai data demi keselamatan negeri

Utusan Sarawak 8 hours ago
TUN Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyampaikan ucapan perasmian sempena Persidangan Pertama bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di Kompleks DUN Sarawak, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Sarawak berhasrat menguasai aspek penyimpanan data serta maklumat kerajaan dan peribadi demi menjamin keselamatan serta kepentingan negeri dan rakyatnya, kata Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Yang di-Pertua Negeri berkata, ini seiring usaha memperkukuh pembangunan sektor aeroangkasa dan teknologi tinggi.

Beliau berkata, langkah meneroka sektor aeroangkasa, teknologi tinggi serta keseluruhan ekosistem berkaitan merupakan pendekatan strategik masa hadapan yang mampu membuka lembaran baharu kepada pembangunan ekonomi negeri.

“Usaha tersebut bukan sahaja memperkukuh daya saing Sarawak, malah meletakkan negeri ini sebagai hab baharu dalam industri berteknologi tinggi di rantau ini,”katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Persidangan Pertama bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di Kompleks DUN Sarawak, hari ini.

Wan Junaidi berkata, pembangunan sektor berkenaan dijangka mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan khususnya kepada golongan profesional dan tenaga kerja berkemahiran tinggi dengan tawaran pendapatan lumayan.

“Aeroangkasa merangkumi pelbagai bidang termasuk pengeluaran bahan ganti, penyelenggaraan pesawat, teknologi satelit, teknologi dron serta ekonomi digital,” katanya.

Tambah beliau, pembangunan sektor strategik itu selaras dengan aspirasi Sarawak untuk muncul sebagai negeri maju berpendapatan tinggi menerusi penguasaan teknologi dan inovasi moden.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: DUN: STEM, TVET dan pendidikan percuma pacu masa depan Sarawak
Next: 13 Ahli Dewan Negara termasuk enam lantikan baharu angkat sumpah senator hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.