Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN Sarawak buka tirai penggal kelima dengan penuh istiadat
  • SEMASA

DUN Sarawak buka tirai penggal kelima dengan penuh istiadat

Utusan Sarawak 6 hours ago
TUN Wan Junaidi menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Persidangan DUN Sarawak Ke-19 di Kompleks DUN Sarawak, Petra Jaya, hari ini. Foto JAPEN

PETRA JAYA: Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 berjalan lancar dengan penuh adat istiadat hari ini.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi kemudian berangkat tiba di Dataran Perbarisan DUN bagi menyempurnakan istiadat pembukaan tersebut.

Turut hadir, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Speaker DUN Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dan dif-dif kenamaan lain.

Istiadat pembukaan dimulakan dengan perarakan masuk panji-panji Batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) Malaysia dan kawalan kehormat utama (KKU) dengan kekuatan seramai 105 anggota diketuai oleh DSP Amirol Mahathir Mohamad Khoiri.

Panji-panji tersebut merupakan lambang kemegahan, taat setia dan penghormatan tertinggi yang dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada batalion-batalion PGA di seluruh negara.

Istiadat diikuti dengan bacaan doa yang diimamkan oleh Timbalan Imam Besar negeri Al-Fadhil Ustaz Mohammad Ihsan Haidzir diikuti kumpulan brass RMP memainkan lagu kebangsaan ‘Negaraku’ dan juga ‘Ibu Pertiwiku’.

TUN Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Persidangan DUN Sarawak Ke-19. Foto JAPEN

Persidangan kemudian diteruskan di Dewan Mesyuarat DUN Sarawak dengan kemasukan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak serta dif-dif kenamaan.

Tun Wan Junaidi kemudian berangkat masuk ke Dewan Mesyuarat sebelum Premier Sarawak menyerahkan teks ucapan kepada beliau.

Tun Wan Junaidi seterusnya menyampaikan ucapan pembukaan Penggal Kelima Persidangan DUN Ke-19 sebelum Speaker DUN mengisytiharkan mesyuarat ditangguhkan selepas istiadat selesai.

Sementara itu, sidang DUN yang bermula hari ini hingga 20 Mei itu menyaksikan empat Rang Undang-Undang (RUU) Kerajaan akan dibentangkan.

MAJLIS Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Persidangan DUN Sarawak Ke-19 berlangsung lancar dengan penuh istiadat di Kompleks DUN Sarawak hari ini. Foto JAPEN

RUU tersebut ialah Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2025), 2026; Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2026), 2026; Rang Undang-Undang Lembaga Padi dan Beras Sarawak, 2026 dan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (Pindaan), 2026.

Daripada keempat-empat RUU itu, RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak, 2026 merupakan RUU baharu yang akan dibentangkan pada persidangan DUN kali ini.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Amaran ribut petir, hujan lebat beberapa negeri hingga 9.00 malam
Next: DUN: STEM, TVET dan pendidikan percuma pacu masa depan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.