Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes pukul guna kayu berakhir tragedi, mangsa meninggal dunia
  • JENAYAH

Kes pukul guna kayu berakhir tragedi, mangsa meninggal dunia

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Seorang lelaki yang parah selepas dipercayai dipukul menggunakan sebatang kayu di bahagian kepala disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sibu, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Azari Miskon berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian pergaduhan yang menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa, yang dibuat oleh keluarga mangsa.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek telah memukul mangsa menggunakan sebatang kayu sehingga menyebabkan kecederaan serius di kepala sebelum mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Sibu dalam keadaan kritikal dan koma.

“Susulan laporan diterima, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menjalankan siasatan lanjut dan berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an bagi membantu siasatan.

“Suspek telah dipohon reman di Mahkamah Sibu semalam dan mahkamah membenarkan reman selama enam hari,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, pada peringkat awal kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata atau benda berbahaya.

Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Sibu kira-kira 2.00 petang semalam akibat kecederaan dialami.

“Sehubungan itu, polis mengklasifikasikan semula kes daripada Seksyen 326 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Azari berkata, pihak polis akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam jenayah kekerasan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menyalurkan maklumat berkaitan kejadian kepada pihak polis bagi membantu siasatan lanjut.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Dua lelaki positif syabu ditahan di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.