Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • JPPM nafi campur tangan urusan dalaman OUNA
  • SEMASA

JPPM nafi campur tangan urusan dalaman OUNA

Utusan Sarawak 8 hours ago
KENYATAAN media JPPM.

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya jabatan itu mempunyai kepentingan dalam pengurusan dan pentadbiran Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA).

JPPM dalam satu kenyataan berkata, segala keputusan yang dibuat adalah selaras dengan peruntukan Akta Pertubuhan 1966, perlembagaan pertubuhan serta tatacara pentadbiran yang berkuat kuasa.

Menurut kenyataan itu, setiap keputusan turut dibuat berdasarkan penelitian terhadap dokumen dan penjelasan yang dikemukakan kepada jabatan berkenaan.

“JPPM tidak mempunyai kepentingan terhadap mana-mana pertubuhan berdaftar.

“Pertikaian dalaman adalah tanggungjawab pertubuhan berkenaan untuk diselesaikan mengikut perlembagaan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Sehubungan itu, JPPM memaklumkan satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap penyebaran kenyataan palsu tersebut.

Katanya, jabatan itu akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis bagi mengesan individu terlibat dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.

Dalam pada itu, orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan atau mempercayai maklumat yang tidak disahkan kesahihannya.

“Orang ramai disaran merujuk saluran rasmi jabatan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih,” menurut kenyataan itu.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: ‘Semut Hitam’ TH: Barisan senyap pastikan jemaah Malaysia selamat
Next: Ribut petir, hujan lebat landa beberapa negeri termasuk Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.