Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jurulatih puji Ronaldo selepas jaringan gol ke-100 di Liga Saudi
  • SUKAN

Jurulatih puji Ronaldo selepas jaringan gol ke-100 di Liga Saudi

Utusan Sarawak 7 hours ago
JURULATIH Al-Nassr Jorge Jesus memuji Cristiano Ronaldo kerana kegigihannya, selepas bintang terkemuka Portugal itu menjaringkan gol ke-100 beliau dalam Liga Pro Saudi.

BERLIN: Jurulatih Al-Nassr Jorge Jesus memuji Cristiano Ronaldo kerana kegigihannya, selepas bintang terkemuka Portugal itu menjaringkan gol ke-100 beliau dalam Liga Pro Saudi dan kini semakin menghampiri sasarannya untuk meraih 1,000 gol sepanjang kerjaya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Al-Nassr menewaskan Al-Shabab 4-2 pada Khamis dan pemain berusia 41 tahun itu menyempurnakan hantaran daripada bekas pemain Bayern Munich dan Liverpool, Sadio Mane untuk menjadikan kedudukan 3-1 dengan baki 15 minit perlawanan.

Tiga lagi gol dijaringkan oleh Joao Felix dari Portugal.

Gol itu adalah gol liga ke-26 Ronaldo musim ini dan gol ke-971 sepanjang kerjayanya.

“Ronaldo sentiasa berbahaya, kita dapat melihatnya hari ini,” kata Jesus kepada pemberita.

Pasukan beliau kini mendahului carta liga dengan kelebihan lima mata di hadapan Al-Hilal, yang mempunyai baki satu perlawanan dan merupakan lawan seterusnya bagi pasukan Ronaldo pada Selasa depan.

Bekas pemain terbaik dunia itu beraksi di Arab Saudi sejak Disember 2022 dan masih menantikan kejuaraan utama pertamanya di sana.

-Bernama  

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Malaysia tidak kurang bakat, tetapi karakter pemain jadi cabaran – Nova
Next: Slot akui penamat cemerlang tidak mampu lindungi kegagalan Liverpool

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.