Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SPRM jejak AS$2 bilion lagi dana 1MDB untuk dibawa pulang – Azam
  • NASIONAL

SPRM jejak AS$2 bilion lagi dana 1MDB untuk dibawa pulang – Azam

Utusan Sarawak 8 hours ago

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan kira-kira AS$2 bilion lagi dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk dibawa pulang ke Malaysia menjelang akhir 2027.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata dana berkenaan dipercayai melibatkan beberapa individu yang disyaki masih menyimpan aset dan dana berkaitan skandal 1MDB di luar negara.

“Jadi, dalam hal ini, kita nak mengembalikan lagi AS$2 bilion ini dan pada saya, (inilah) satu lagi halangan yang kita kena hadapi … cabaran yang kita (bakal) hadapi pada masa akan datang dari segi perundangan dan sebagainya.

“Namun demikian, saya boleh katakan bahawa SPRM bersama negara-negara luar mempunyai kerjasama yang baik,” katanya pada sidang media berhubung pemulangan karya seni berkaitan 1MDB di sini, hari ini.

Azam berkata pencapaian diraih SPRM dalam mendapatkan semula RM31.3 bilion atau 74.5 peratus daripada RM42 bilion dana 1MDB yang diseleweng ialah satu perkara yang membanggakan.

“Hal itu satu pencapaian yang saya rasa tertinggi setakat sejarah Malaysia … kesanggupan kami (SPRM) menghadapi cabaran dalam kes 1MDB sejak 3 Julai 2015. Itulah sejarahnya kerana saya yang membuka fail 1MDB. 

“Dari 2015 hingga 2025, kira-kira 10 tahun sampailah kes ini dituduh di mahkamah … jadi, sekarang ialah proses untuk kita bawa duit ini kembali,” katanya.

Terdahulu, Azam berkata Malaysia berjaya mendapatkan semula RM31.3 bilion atau 74.5 peratus daripada RM42 bilion dana 1MDB yang diseleweng setakat tahun lepas. 

Beliau berkata kejayaan itu sekali gus menjadi antara rekod kadar pemulihan aset tertinggi di dunia bagi skandal jenayah kewangan berskala besar.

Jumlah yang berjaya diperoleh semula itu juga melepasi anggaran awal sebanyak 70 peratus atau RM30 bilion yang dinyatakan dalam beberapa laporan sebelum ini, kata Azam.- Bernama

Continue Reading

Previous: ‘Jangan bimbang, Allah jaga kami’ – Jemaah KT051
Next: Seorang lagi jemaah haji meninggal dunia di Makkah akibat serangan jantung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.