Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Suspek kes langgar lari penunggang basikal maut di Jalan Stutong serah diri
  • JENAYAH

Suspek kes langgar lari penunggang basikal maut di Jalan Stutong serah diri

Utusan Sarawak 8 hours ago
SUSPEK langgar lari maut membabitkan penunggang basikal Jumaat lalu tampil menyerah diri hari ini.

KUCHING: Seorang lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai terlibat dalam kemalangan maut langgar lari di Jalan Stutong pada Jumaat lalu telah menyerah diri kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu, berkata suspek hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching sekitar 12.00 tengah hari tadi.

“Suspek dipercayai terlibat dalam kemalangan sekitar 5.50 pagi pada 1 Mei yang melibatkan sebuah basikal dan sebuah kereta sehingga menyebabkan kematian penunggang basikal,” katanya dalam kenyataan.

SUSPEK membawa pihak polis ke lokasi kejadian.

Susulan itu polis menahan suspek di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, suspek kemudian membawa pihak polis ke lokasi kejadian serta ke sebuah bengkel di Batu 4, di mana sebuah kenderaan jenis Proton Satria yang dipercayai terlibat dalam kemalangan itu ditemui.

“Ujian air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati keputusan negatif daripada sebarang unsur dadah,” katanya.

Alexson berkata, suspek akan dituduh esok di bawah Seksyen 41(1) akta berkenaan kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian, serta Seksyen 52(2) akta sama kerana gagal melaporkan kemalangan dalam tempoh 24 jam.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada orang awam atas bantuan menyalurkan maklumat sehingga membantu siasatan kes.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Polis siasat kes simbah cecair merah, dipercayai ugutan along tersalah sasaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.