Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SCCS anjur ‘Move For Gold 2026’ sempena ulang tahun ke-25
  • TEMPATAN

SCCS anjur ‘Move For Gold 2026’ sempena ulang tahun ke-25

Utusan Sarawak 7 hours ago
SCCS mengadakan kunjungan hormat kepada Dato Sri Fatimah Abdullah bagi menjemput beliau merasmikan program GoBald 2026 pada 4 Julai ini di Bangunan Baitul Makmur 2, Petra Jaya.

PETRA JAYA: Persatuan Kanser Kanak-Kanak Sarawak (SCCS) akan menganjurkan kempen ‘Move For Gold 2026’ sempena ulang tahun ke-25 penubuhannya bagi memperkukuh sokongan terhadap kanak-kanak pesakit kanser dan keluarga mereka.

Kempen tersebut bakal berlangsung selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Julai 2026 di The Hills dan Pullman Kuching, merangkumi pelbagai aktiviti berteraskan kecergasan, kutipan dana serta kesedaran kesihatan.

Antara pengisian utama termasuk program ‘GoBald 2026’ sebagai simbol solidariti bersama pesakit kanser kanak-kanak, Larian Amal 5 kilometers (KM) ‘Golden Loop’ yang terbuka kepada semua peringkat umur, Hari Kesejahteraan Keluarga dan Komuniti, serta inisiatif kesedaran berkaitan pengesanan awal kanser kanak-kanak.

Bersempena penganjuran kempen tersebut, SCCS telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah bagi menjemput beliau merasmikan program GoBald 2026 yang dijadual berlangsung pada 4 Julai depan.

Kunjungan tersebut turut bertujuan memperkukuh kerjasama antara SCCS dan kerajaan negeri dalam usaha memperluas sokongan, mempromosikan kesejahteraan komuniti serta meningkatkan kesedaran mengenai kanser kanak-kanak di Sarawak.

Untuk rekod, sepanjang 25 tahun penubuhannya, SCCS telah menyokong lebih 1,800 keluarga melalui bantuan kewangan, penginapan, kaunseling dan program penjagaan jangka panjang.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bazar Gawai Dayak Miri dijangka jana RM1.8 juta
Next: Pemerkasaan ekonomi luar bandar Bukit Saban dipergiat, fokus tingkat pendapatan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.