Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Pra-Gawai dekati komuniti Sungai Selidap dan Tanah Putih
  • Tengah
  • WILAYAH

Program Pra-Gawai dekati komuniti Sungai Selidap dan Tanah Putih

Utusan Sarawak 15 hours ago
MESRA RAKYAT… Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama penduduk rumah panjang. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Program Pra-Gawai hari ke-13 Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong diteruskan dengan lawatan ke beberapa rumah panjang di Sungai Selidap dan Tanah Putih sebagai usaha berterusan mendekati komuniti luar bandar dan meninjau keperluan penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, pendekatan turun padang seperti ini memberi peluang kepada beliau berinteraksi secara langsung dengan masyarakat rumah panjang.

“Melalui pendekatan turun padang, saya berpeluang berinteraksi secara langsung dengan penduduk rumah panjang bagi memahami dengan lebih mendalam keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh mereka.

“Pelbagai isu dan permohonan telah dikemukakan oleh penduduk termasuk berkaitan keperluan asas, kemudahan infrastruktur dan pembangunan komuniti setempat,” katanya ketika mengetuai lawatan tersebut pada semalam.

Tambahnya, setiap perkara yang dibangkitkan akan diteliti dan dipertimbangkan sebaiknya, khususnya melalui saluran projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi 2027.

Koung Hiing yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor turut menekankan kepentingan kerjasama erat antara tuai rumah, penduduk dan pihak Pusat Khidmat DUN dalam memastikan setiap permohonan dapat disalurkan dengan lebih tersusun dan berkesan.

“Penduduk tidak perlu teragak-agak untuk mengemukakan sebarang cadangan atau keperluan kepada pihak kami kerana setiap suara rakyat adalah penting dalam merancang pembangunan kawasan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan atas sambutan mesra yang diberikan oleh penduduk rumah panjang sepanjang lawatan tersebut.

“Semangat kebersamaan dan perpaduan yang ditunjukkan masyarakat merupakan asas penting dalam memastikan pembangunan dapat dilaksanakan secara inklusif dan berterusan.

“Saya menggesa rakyat agar terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan Sarawak dalam usaha memacu pembangunan negeri dan mencapai aspirasi menjelang 2030,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Batu Niah terima sumbangan sempena Hari Bomba Sedunia
Next: Penutupan separuh laluan KM894.2 Lebuh Raya Pan Borneo untuk kerja pembinaan jejantas pada Jumaat ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.