Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pearly intai peluang untuk beraksi pada Kejohonan Masters Malaysia 2026
  • SUKAN

Pearly intai peluang untuk beraksi pada Kejohonan Masters Malaysia 2026

Utusan Sarawak 17 hours ago
Pearly Tan pemain beregu wanita negara.

KUALA LUMPUR: Pemain beregu wanita utama negara, Pearly Tan mengintai peluang untuk beraksi pada Kejohanan Masters Malaysia yang dijadual berlangsung dari 19 hingga 24 Mei ini di Unifi Arena, Bukit Jalil, selepas tidak menyertai kempen Piala Uber 2026 akibat kecederaan.

Beliau berkata perkembangan terkininya amat memberangsangkan selepas menjalani tempoh rawatan intensif selama tiga minggu, malah sudah bebas daripada kesakitan dan kembali menjalani latihan secara berperingkat.

“Saya amat lega kerana sudah tidak sakit dan keadaan semakin baik. Sekarang fokus saya adalah untuk kembali mendapatkan rentak permainan secara perlahan-lahan,” katanya kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara,  di sini hari ini. 

Pearly berkata kecederaan yang dialami melibatkan bahagian belakang, iaitu masalah lama yang kembali menghantui kariernya, sekali gus memerlukan pendekatan lebih berhati-hati dalam proses pemulihan.

“Kecederaan belakang ini pernah saya alami tiga tahun lepas sehingga hampir tidak dapat bermain, dan selepas berbincang dengan doktor serta keluarga, kali ini saya akan lebih berhati-hati,” katanya. 

Dalam masa sama, Pearly tidak menafikan kekecewaannya kerana hanya mampu menyaksikan rakan sepasukan berjuang di Piala Uber, namun pengalaman itu menjadi suntikan motivasi apabila melihat kebangkitan barisan pemain muda negara.

Beliau turut memuji aksi bertenaga gandingan muda negara yang berjaya mencipta kejutan, sekali gus membuktikan Malaysia memiliki pelapis berkualiti untuk bersaing di pentas antarabangsa.

Pearly berkata kehadiran pencabar baharu bukan ancaman, sebaliknya pemangkin untuk dirinya dan gandingannya M. Thinaah untuk terus meningkatkan tahap permainan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tiga isu menarik Liga Perdana Inggeris hujung minggu
Next: Gelanggang futsal Taman Harmoni bakal berbumbung menjelang 2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.