Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Dolly Parton batal siri konsert Las Vegas akibat masalah kesihatan berterusan
  • HIBURAN

Dolly Parton batal siri konsert Las Vegas akibat masalah kesihatan berterusan

Utusan Sarawak 13 hours ago
LEGENDA muzik country, Dolly Parton. Foto AFP

LOS ANGELES, Amerika Syarikat: Legenda muzik country, Dolly Parton, semalam mengumumkan pembatalan siri konsert di Las Vegas susulan masalah kesihatan yang berterusan.

Parton, 80, berkata dalam video yang dimuat naik ke akaun media sosialnya bahawa walaupun rawatan bagi penyakit yang tidak didedahkan itu menunjukkan perkembangan positif, beliau masih belum bersedia untuk membuat persembahan di pentas.

Penyanyi lagu 9 to 5 itu sebelum ini telah menangguhkan siri persembahan Las Vegas berkenaan, yang pada asalnya dijadualkan bermula tahun lalu.

“Khabar baiknya ialah saya memberi tindak balas yang sangat baik terhadap ubat-ubatan dan rawatan, dan saya semakin pulih setiap hari,” katanya dalam video tersebut pada Isnin.

“Cuma saya perlukan sedikit masa lagi sebelum benar-benar bersedia untuk membuat persembahan pentas,” katanya, sambil menambah bahawa ubat yang diambil menyebabkan beliau berasa pening dan tidak stabil.

“Sudah tentu saya tidak boleh pening sambil membawa banjo, gitar dan sebagainya, dengan kasut tumit lima inci, dan anda tahu saya tetap akan memakainya. Belum lagi pakaian berhias batu kristal yang berat, rambut besar, dan personaliti saya yang besar,” selorohnya.

Parton berkata doktor sedang berusaha memperkukuh sistem imun dan sistem penghadamannya.

“Mereka memberi jaminan bahawa semua yang saya alami boleh dirawat,” katanya.

Spekulasi mengenai kesihatan Parton tahun lalu susulan permintaan kakaknya agar orang ramai berdoa untuknya mendorong legenda muzik itu memuat naik video kepada peminat bertajuk “Saya belum mati lagi!.”

Dalam video terbaharunya, Parton, yang suaminya Carl telah meninggal dunia tahun lalu, mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan dan berkata beliau masih meneruskan pelbagai projek, termasuk muzium dan hotel yang dijadualkan dibuka di Nashville, Tennessee pada tahun ini, serta sebuah muzikal Broadway. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Awie sifatkan Amy Search ‘godfather’ industri muzik rock tempatan
Next: The White Rajah of Sarawak filem animasi muzikal pertama Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.