Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Lawas anjur program panggil nama, ikrar dan nyanyian Negaraku, 55 anggota hadir
  • Utara
  • WILAYAH

IPD Lawas anjur program panggil nama, ikrar dan nyanyian Negaraku, 55 anggota hadir

Utusan Sarawak 21 hours ago
LAFAZ IKRAR… DSP Liong mengetuai acara lafaz ikrar di IPD Lawas.

LAWAS: Seramai 55 pegawai dan anggota, terdiri daripada Pegawai Kanan Polis (PKP), Pegawai Rendah Polis (PRP) serta Pegawai Awam Polis (PAP), menghadiri program panggil nama, lafaz ikrar dan nyanyian lagu Negaraku.

Program rasmi tersebut melibatkan panggil nama, lafaz ikrar dan nyanyian lagu kebangsaan telah berlangsung dengan tertib dan lancar di Dewan Serbaguna IPD Lawas, pagi semalam

KEKAL BERDISIPLIN... Pegawai dan anggota IPD Lawas pada program panggil mama, lafaz ikrar dan nyanyian lagu Negaraku di IPD Lawas.

Ketua Polis Daerah (KPD) Lawas, DSP Liong Tindan, merakamkan penghargaan kepada semua pegawai dan anggota atas komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas, termasuk ketika minggu lalu dan sepanjang cuti umum.

Beliau turut menekankan beberapa perkara penting termasuk pengurusan cuti semasa musim perayaan seperti Gawai dan Hari Raya Haji, keperluan hebahan nombor telefon IPD Lawas di kawasan kampung bagi memudahkan orang awam menghubungi pihak polis dengan segera.

MULAKAN PROGRAM… Inspektor Kartik Vasanthan menyampaikan laporan persiapan baris dan sedia bagi memulakan program rasmi. 

Selain itu, beliau mengingatkan warga IPD agar mengamalkan penjimatan penggunaan elektrik, memberi perhatian terhadap isu penggunaan minyak kenderaan, serta memastikan pengurusan lokap dan pemantauan kesihatan orang kena tahan (OKT) dilaksanakan dengan baik.

Aspek kebersihan kawasan IPD, balai polis dan kuarters turut diberi penekanan, di samping kepatuhan berterusan terhadap arahan pucuk pimpinan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Kalaka santuni rombongan SK Lubok Nibong di Kuching
Next: Program lawatan sambil belajar tingkat kesedaran keselamatan kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.