Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ribut petir di kebanyakan negeri hingga 5.00 petang ini
  • NASIONAL
  • SEMASA

Ribut petir di kebanyakan negeri hingga 5.00 petang ini

Utusan Sarawak 14 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda kebanyakan negeri hingga 5.00 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam amaran yang dikeluarkan 2.30 petang tadi memaklumkan kawasan terlibat meliputi Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

Amaran sama turut melibatkan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Selangor (Hulu Selangor dan Hulu Langat).

Keadaan cuaca yang sama dijangka melanda Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Di Sarawak pula, kawasan terlibat ialah Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) serta Limbang.

Di Sabah, amaran melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat, Tawau dan Kudat. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Malaysia perlu ambil peluang daripada krisis Asia Barat, nilai semula model ekonomi – Fernandes
Next: Malaysia perlu berganjak daripada negara dagang kepada teknologi bagi atasi isu gaji rendah – Liew

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.