Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pengeluaran biodiesel B15 bermula 1 Jun – Ahmad Zahid
  • NASIONAL

Pengeluaran biodiesel B15 bermula 1 Jun – Ahmad Zahid

Utusan Sarawak 14 hours ago
TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Perhimpunan Bulan Mei Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) hari ini.

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan biodiesel B15 akan mula dikeluarkan melalui 19 loji pengeluaran berlesen mulai 1 Jun ini dalam usaha membantu menurunkan harga diesel di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengeluaran biodiesel dibuat secara berperingkat dengan pelaksanaan akan dimulakan dengan B15 sebelum ditingkatkan kepada B20, seterusnya berpotensi mencapai B50 dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

“Pendekatan ini dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan harga minyak sawit mentah tidak memberikan tekanan kepada kos pengeluaran biodiesel,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulan Mei Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata biodiesel berasaskan kelapa sawit dilihat berpotensi menjadi pemangkin baharu kepada ekonomi desa, bukan sekadar memenuhi agenda tenaga negara.

“Ia mempunyai peluang untuk menghubungkan kekuatan komoditi negara dengan masa depan ekonomi desa.

“Felcra, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) perlu melihat potensi ini dengan serius,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: MyNIISe dilaksana sepenuhnya September ini – Saifuddin Nasution 
Next: Malaysia perlu ambil peluang daripada krisis Asia Barat, nilai semula model ekonomi – Fernandes

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.