Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pulau Pinang catat kes pertama meninggal akibat cuaca panas
  • NASIONAL

Pulau Pinang catat kes pertama meninggal akibat cuaca panas

Utusan Sarawak 12 hours ago
PULAU Pinang catat kes pertama meninggal akibat cuaca panas. Foto hiasan.

GEORGE TOWN: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) melaporkan bahawa seorang lelaki tempatan meninggal dunia disebabkan strok haba yang dilaporkan pada 26 April, selepas mangsa menyertai satu acara larian kategori sejauh 30 kilometer, di bandar raya itu.

JKNPP memaklumkan kes membabitkan lelaki berusia 42 tahun itu, merupakan kes pertama penyakit berkaitan cuaca panas yang direkodkan di Pulau Pinang bagi tahun 2026.

“Lelaki itu menyertai satu acara larian di George Town sejauh 30 kilometer yang bermula 6.30 pagi 25 April dan laluan larian tersebut turut melibatkan trek berbukit melalui kawasan hutan sekitar bandar raya ini dan sekitar 4.00 petang, mangsa dilaporkan pengsan berhampiran garisan penamat.

“Mangsa telah diberikan rawatan kecemasan di lokasi, sebelum dihantar ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Pulau Pinang (HPP) dalam keadaan kritikal sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurut kenyataan itu, mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.08 pagi 26 April dan punca kematian disebabkan strok haba dengan komplikasi rhabdomyolysis dan kegagalan pelbagai organ.  

“JKNPP merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menasihatkan orang ramai khususnya individu yang menjalankan aktiviti luar atau sukan lasak, agar sentiasa peka terhadap tahap kesihatan diri serta keadaan cuaca semasa,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan pastikan hidrasi badan yang mencukupi dan segera menghentikan aktiviti sekiranya mengalami tanda-tanda awal kelesuan haba seperti pening, mual atau kekejangan otot.

“Orang ramai turut dinasihatkan untuk mengambil langkah pencegahan berikut semasa cuaca panas, iaitu elakkan pendedahan berpanjangan di luar, minum air kosong dengan kerap bagi memastikan badan kekal terhidrat dan jadkan aktiviti fizikal lasak.

“Selain itu, gunakan pelindung diri seperti topi atau payung serta pakaian yang ringan, beri perhatian kepada golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu berpenyakit kronik serta dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala berkaitan haba,” menurut kenyataan itu.

Orang awam boleh mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas di laman sesawang MetMalaysia, https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia, https://infosihat.moh.gov.my/cuaca-panas.html. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Program Mega Fam letakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan silang budaya
Next: Subsidi bahan api berisiko disalah guna ketika krisis, EAIC gesa pemantauan lebih ketat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.