Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abang Johari mula lawatan kerja ke UK, Ireland hari ini
  • SEMASA

Abang Johari mula lawatan kerja ke UK, Ireland hari ini

Utusan Sarawak 3 days ago
ABANG Johari lawatan kerja ke UK dan Ireland, fokus kerjasama pusat data, AI dan semikonduktor hingga 5 Mei. Foto UKAS

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengetuai lawatan kerja rasmi ke Manchester dan Bristol, United Kingdom (UK) serta Dublin, Ireland dari hari ini hingga 5 Mei.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) menerusi kenyataan memaklumkan lawatan itu misi strategik dalam usaha mengukuhkan infrastruktur pusat data, teknologi kecerdasan buatan (AI), semikonduktor dan pembangunan bakat negeri.

“Di Dublin, Abang Johari dijadualkan melawat Pusat Data K2 manakala di Manchester beliau akan menyertai program Sarawak Agenda-Townhall serta menghadiri majlis makan malam Lan Berambeh Anak Sarawak.

“Abang Johari juga akan mengadakan sesi libat urus bersama-sama wakil Kerajaan Wilayah Manchester di British Muslim Heritage Centre,” menurut kenyataan itu.

UKAS memaklumkan di Bristol, Abang Johari dijadualkan hadir ke sesi libat urus SMD Semiconductor dengan University of Bristol dan menyampaikan ucapan di majlis tersebut.

“Abang Johari juga akan menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan SMD Semiconductor dan melawat National Composites Centre (NCC),” menurut kenyataan itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: Jemaah Malaysia meninggal dunia, rebah di dataran Masjidil Haram
Next: Terkesan alunan al-Fatihah, lelaki keturuan cina peluk Islam berpeluang tunai haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.