Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 51 terima APC JPJ Sarawak, 10 pesara diraikan
  • Tengah
  • WILAYAH

51 terima APC JPJ Sarawak, 10 pesara diraikan

Utusan Sarawak 11 hours ago
 DIRAIKAN…..Hasbi merakam kenangan pada Majlis APC Tahun 2025 dan Majlis Persaraan 2026 Zon Sarawak yang berlangsung malam tadi. Turut kelihatan Norizan (duduk, dua kanan).

SIBU: Seramai 51 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) diraikan pada Majlis APC Tahun 2025 dan Majlis Persaraan 2026 Zon Sarawak yang berlangsung di sini, malam tadi.

Pada majlis sama, seramai 10 pesara turut dihargai atas jasa dan sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah.

Penganjuran majlis itu mencerminkan penghargaan dan pengiktirafan jabatan terhadap kecemerlangan warga kerja serta jasa bakti pesara yang telah menyumbang kepada pembangunan dan kejayaan organisasi.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ Malaysia, Jamaruslam Abdullah, serta Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Remaja 13 tahun lemas mandi bersama rakan di kawasan Kuah Tiri, Miri1
Next: Kemunculan ular sawa sepanjang 20 kaki gemparkan penduduk Kampung Hilir Bungin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.