Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pertandingan Tembak IPD Bau berjaya dilaksanakan di PULAPOL Kuching
  • Selatan
  • WILAYAH

Pertandingan Tembak IPD Bau berjaya dilaksanakan di PULAPOL Kuching

Utusan Sarawak 10 hours ago
SEORANG pegawai memberi penerangan kepada  Mordi Bimol cara memegang pistol.

KUCHING: Hari keempat pertandingan Tembak Tahunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau berlangsung lancar di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL) di sini.

Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A. Rahman yang bertindak sebagai Pegawai Pemerintah berkata, program tersebut mencerminkan tahap disiplin, profesionalisme serta kesiapsiagaan anggota polis.

MAHIR… Supt Mohd Haide menunjukkan kemahiran menembak.

“Pertandingan tembak tahunan ini merupakan platform penting untuk meningkatkan kemahiran menembak, membina keyakinan diri serta mengukuhkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan pegawai dan anggota. Saya berpuas hati kerana semua acara hari ini berjalan lancar dan selamat,” katanya.

Katanya, penganjuran program seperti ini bukan sahaja meningkatkan tahap kesiapsiagaan operasi, malah mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat melalui penglibatan jemputan.

Program yang berlangsung dari 8.00 pagi hingga 2.00 petang itu melibatkan penyertaan seramai 10 pegawai kanan (PKP), 25 pegawai rendah polis (PRP), 12 urusetia serta dibantu oleh dua anggota PULAPOL.

TEPAT KE SASARAN… Aksi peserta ketika bertanding dalam acara menembak.

Antara acara yang dipertandingkan ialah peringkat akhir 10 terbaik individu lelaki dan wanita bagi kategori PKP dan PRP, pertandingan tembak Falling Plate antara bahagian, serta pertandingan menembak melibatkan VIP dan jemputan.

Turut hadir Ahli Parlimen Mas Gading yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol, Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin, Datuk Mancha Ata, Lai Min Fu, Roger Ling Lee Kong, Aloysius, Lee Kim Hin, Liew Yu Ming, Liew Zhung Zhung dan Liew Chee Hiung.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pendingin hawa rosak sejak September, baik pulih di KK Bandaraya Miri dipercepat
Next: Kejohanan Futsal Piala Presiden Saberkas 2026 himpunkan 34 pasukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.