Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Malaysia kekal antara terbaik dalam indeks keyakinan pengguna – Ipsos
  • BISNES

Malaysia kekal antara terbaik dalam indeks keyakinan pengguna – Ipsos

Utusan Sarawak 4 hours ago

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal antara negara yang mencatatkan prestasi tinggi dalam Indeks Keyakinan Pengguna Ipsos bagi April 2026, menduduki tangga kedua di Asia Tenggara dan keempat pada peringkat global, meskipun penyusutan sentimen.

Firma penyelidikan pasaran Ipsos Sdn Bhd (Ipsos) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Indeks Keyakinan Pengguna Malaysia merosot 6.1 mata bulan ke bulan, didorong oleh peningkatan ketidaktentuan global yang dikaitkan dengan konflik di Asia Barat.

Menurut Ipsos, seiring dengan penurunan keyakinan pengguna, rakyat Malaysia dijangka menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara termasuk mengurangkan perbelanjaan dan menangguhkan pembelian bernilai tinggi.

“Ini menunjukkan sikap lebih berhati-hati dalam kalangan rakyat Malaysia, walaupun negara ini terus mencatatkan prestasi lebih baik berbanding kebanyakan 30 ekonomi yang dipantau.

“Perniagaan pula perlu mengimbangi peningkatan kos dengan pengguna yang semakin berhati-hati dan sensitif terhadap harga,” menurut syarikat itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Petronas meterai perjanjian dengan ENEOS untuk 10 peratus pegangan dalam MLNG Tiga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.