Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Harga minyak terus melonjak susulan jangkaan sekatan berpanjangan di Selat Hormuz
  • BISNES

Harga minyak terus melonjak susulan jangkaan sekatan berpanjangan di Selat Hormuz

Utusan Sarawak 12 hours ago

KUALA LUMPUR: Paras harga minyak melonjak lebih AS$120 setong pada Khamis selepas Presiden Donald Trump memberi amaran kepada Iran bahawa sekatan tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Selat Hormuz mungkin berlanjutan sehingga beberapa bulan.

Setakat tengah hari ini, minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, meningkat 5.93 peratus kepada AS$125 setong manakala West Texas Intermediate naik 2.31 peratus kepada AS$109.30 setong.

Perkembangan itu berlaku di tengah-tengah kebuntuan usaha diplomatik untuk memulihkan akses ke atas Selat Hormuz serta peningkatan kehadiran armada ketenteraan AS di rantau berkenaan.

Penganalisis yang juga Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran minyak kini menyaksikan dagangan dalam keadaan stok simpanan yang semakin mengecil.

“Stok ini sememangnya sudah rendah dan kapasiti lebihan pula terhad berikutan sekatan ke atas Selat Hormuz. Oleh itu, kebimbangan sebenar kita adalah sebarang peningkatan ketegangan membabitkan Iran akan hanya mencetuskan dorongan bagi melonjakkan harga sedia ada.

“Atas alasan itu, Brent akan meningkat secara mendadak. Jika ketegangan terus ada, lonjakan harga ke arah paras AS$130 hingga AS$150 setong tidak mustahil berlaku apabila senario terburuk menyaksikan harga pasaran diasak tekanan gangguan bekalan dan bukan setakat (membabitkan) aliran semasa,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, Innes berkata pada paras sedemikian, permintaan akan mula susut dan mengehadkan aliran kenaikan harga.

 “Oleh itu, keadaan akan beralih daripada kekangan bekalan kepada impak ekonomi secara meluas susulan peningkatan harga berkenaan. Ringkasnya, pasaran akan dipacu oleh keadaan goyah apabila menyedari bahawa stok simpanan semakin menyusut,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Dolar AS/ringgit dijangka diniagakan pada julat 3.95-4.05 dalam tempoh terdekat – Apex Securities
Next: Petronas meterai perjanjian dengan ENEOS untuk 10 peratus pegangan dalam MLNG Tiga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.