

SIMANGGANG: Ahli Dewan Negara, Senator Pele Tinggom menggesa keperluan mempercepatkan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok yang baharu bagi memperkukuhkan aspek keselamatan serta kebajikan anggota polis di daerah itu.
Beliau menjelaskan bahawa isu keselamatan khususnya berkaitan jenayah dadah di Saratok perlu diberi perhatian serius termasuk melalui penambahan anggota dan pegawai narkotik di IPD berkenaan.
Menurut beliau, perkara tersebut sentiasa dibangkitkan dalam persidangan Parlimen di Dewan Rakyat bagi memastikan keselamatan rakyat terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Antara cadangan utama yang telah dikemukakan adalah penambahbaikan kemudahan logistik serta penambahan kekuatan anggota, khususnya pegawai narkotik untuk ditempatkan di daerah tersebut.
Kenyataan itu dizahirkan beliau ketika berucap pada Pertandingan Menembak bersama barisan kepimpinan IPD Saratok sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 di Lapang Sasar Batalion 23, Pasukan Gerakan Am (PGA), Kem Temudok Sri Aman dekat sini hari ini.
Pele turut memaklumkan bahawa meskipun tapak bagi pembinaan IPD Saratok yang baharu telah dikenal pasti dan kelulusan dasar telah diberikan, namun projek fizikal tersebut masih belum dimulakan setakat ini.
Sehubungan itu, beliau menaruh harapan besar agar pembinaan tersebut dapat disegerakan demi keselesaan anggota polis serta memenuhi keperluan keselamatan rakyat di seluruh Daerah Saratok.
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), pemimpin setempat dan masyarakat atas kerjasama erat yang telah membantu meningkatkan tahap keselamatan awam di kawasan tersebut.
Beliau menyifatkan keamanan yang dinikmati hari ini adalah hasil komitmen serta pengorbanan tinggi anggota pasukan keselamatan yang sentiasa menjalankan tugas demi kedaulatan negara.
Program tersebut turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka Mohamad Duri, ADUN Krian Friday Belik dan Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew Manggie bersama barisan pegawai kanan yang lain.
Oleh Adi Safarman

Tanah runtuh berhampiran rumah panjang, penduduk Rumah Saging diingatkan berwaspada
SRI AMAN, 17 Oktober: Penduduk Rumah Saging, Panggil, diminta supaya sentiasa berwaspada susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku kira-kira 1.2

PRS Kakus perkukuh kesepakatan, persediaan PRN jadi keutamaan
BINTULU, 17 Oktober: Kesepakatan dalam kalangan ahli dan penyelarasan gerak kerja parti menjadi tumpuan Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian N60

Rosey gesa penduduk beri kerjasama jayakan projek pembangunan Kampung Sinop
BEKENU, 17 Oktober: Kerjasama dan sokongan penduduk amat penting bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan di Kampung Sinop berjalan lancar, sekali

Beting Maro terima suntikan RM205 juta melalui 46 projek BDDA
PUSA, 17 Oktober: Sebanyak 46 projek pembangunan dengan nilai keseluruhan RM205 juta sedang dan akan dilaksanakan menerusi Agensi Pembangunan Bahagian

