Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Zon Maritim Bintulu tahan bot tunda tanpa lesen di Kuala Kemena
  • JENAYAH

Zon Maritim Bintulu tahan bot tunda tanpa lesen di Kuala Kemena

Utusan Sarawak 4 hours ago
EMPAT kru bot tunda yang ditahan oleh APMM Zon Maritim Bintulu kerana disyaki beroperasi tanpa lesen sah.

BINTULU: Sebuah bot tunda disyaki beroperasi tanpa lesen sah berjaya ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu di perairan Kuala Kemena, kira-kira tiga batu nautika barat laut, semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, penahanan dilakukan sekitar 10.30 pagi menerusi Op Tiris 4.0 dan Op Permai 01/2019 hasil rondaan penguatkuasaan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati bot tunda terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana beroperasi tanpa lesen perkapalan dalam negeri yang sah.

“Jika disabitkan kesalahan, pemilik vesel boleh dikenakan denda sehingga RM5,000,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.  

SEBUAH bot tunda ditahan APMM Zon Maritim Bintulu kira-kira tiga batu nautika barat laut Kuala Kemena dalam operasi penguatkuasaan, semalam.

Beliau turut memaklumkan bahawa vesel bersama kru telah ditahan dan diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, tindakan tersebut mencerminkan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam memperkukuh penguatkuasaan undang-undang maritim, khususnya dalam membanteras pelanggaran peraturan yang boleh menjejaskan keselamatan perairan negara.

Sehubungan itu, komuniti maritim diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang serta prosedur keselamatan ketika beroperasi di laut bagi mengelakkan sebarang risiko dan tindakan undang-undang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah atau kecemasan di laut boleh menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu di talian 086-314254 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 untuk tindakan segera,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiga dipenjara, 21 didenda kes dadah di Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.