Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Aliff Syukri diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Kadir Sheikh Fadzir
  • MAHKAMAH

Aliff Syukri diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Kadir Sheikh Fadzir

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan ahli perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman membayar ganti rugi RM250,000 kepada Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dalam kes saman fitnah berhubung hutang pelaburan puluhan juta ringgit.

Hakim Roslan Mat Nor memutuskan demikian selepas membenarkan saman dikemukakan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan itu selaku plaintif terhadap Aliff Syukri sebagai defendan.

Mahkamah turut memerintahkan Aliff Syukri membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Abdul Kadir.

Hakim Roslan dalam penghakimannya berkata maruah serta nama baik seseorang adalah sesuatu amat berharga dan tidak boleh dinilai dengan wang ringgit atau harta. 

“Plaintif seorang ahli politik tanah air yang terlibat dalam arena politik begitu lama. Beliau pernah dilantik menganggotai Kabinet Persekutuan, pernah memegang jawatan menteri di beberapa portfolio sebelum bersara dan terlibat dalam bidang perniagaan, selain masih terlibat dalam aktiviti parti siasah sehingga kini.

“Defendan pula seorang pempengaruh yang terkenal dan mempunyai jutaan pengikut di media sosial. Beliau juga terlibat dalam bidang perniagaan,” katanya.

Hakim Roslan berkata mahkamah berpendapat terdapat saluran undang-undang yang terbuka untuk defendan mengemukakan tuntutan hutang atau sebarang hak kepada plaintif sekali gus membolehkan tuntutan tersebut diputuskan menurut peruntukan undang-undang.

Abdul Kadir, 86, memfailkan saman pada 6 September 2023 dengan mendakwa Aliff Syukri, 39, yang terlibat dalam industri hiburan dengan jumlah pengikut ramai di media sosial mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap plaintif di Instagram dan Facebook pada 2 Julai 2023.

Plaintif mendakwa kenyataan tersebut membawa maksud antaranya plaintif berhutang dengan defendan berjuta ringgit, selain gambar plaintif yang diletakkan pada kenyataan itu mengundang komen negatif daripada pembaca.

Aliff Syukri pula menerusi pernyataan pembelaannya mendakwa beliau telah membuat bayaran pelaburan sebanyak RM30 juta bagi mematuhi perjanjian usahasama bertarikh 26 November 2018 yang melibatkan plaintif, defendan serta dua syarikat.

Dakwanya, pihak-pihak dalam perjanjian usahasama gagal membuat pembayaran wang yang dilaburkan selain segala pelanggaran janji sedemikian termasuklah aku janji diberikan plaintif kepadanya adalah dalam pengetahuan plaintif sendiri. – Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Lelaki didakwa pandu melulu hingga sebabkan kematian, jaminan RM6,000
Next: Miliki pisau badek, lelaki dipenjara lima tahun beserta satu sebatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.