Pearly-Thinaah tamatkan penantian 18 tahun negara, juarai Terbuka Denmark

Facebook
WhatsApp
Pemain badminton negara, Pearly Tan (kiri) dan M. Thinaah menjuarai acara beregu wanita Terbuka Denmark dengan menewaskan pasangan Jepun, Hinata Suzuki-Nao Yamakita, 21-18, 21-11 pada aksi final di SJ Bank Arena, Odense, Denmark, hari ini. Foto BAM

KUALA LUMPUR, 18 Oktober: Pemain badminton negara, Pearly Tan-M Thinaah menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk menjuarai acara beregu wanita Terbuka Denmark selepas menewaskan gandingan Jepun, Hinata Suzuki-Nao Yamakita, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di SJ Bank Arena, Odense, pasangan negara yang menghuni ranking kelima dunia itu tidak berdepan masalah untuk menang straight set, 21-18, 21-11 dalam tempoh 36 minit.

Untuk rekod, kali terakhir beregu wanita negara memenangi Terbuka Denmark adalah pada 2008 menerusi Chin Eei Hui-Wong Pei Tty.

Kemenangan itu merupakan gelaran kedua Pearly Tan-M Thinaah selepas muncul juara pada Indonesia Masters awal tahun ini.

Malaysia berpeluang menambah satu lagi gelaran di Terbuka Denmark menerusi beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang akan turun menentang pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri di final. – Bernama