Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DBKU lancar aplikasi ‘Eagle OSH Eye’, perkukuh budaya keselamatan tempat kerja
  • Selatan
  • WILAYAH

DBKU lancar aplikasi ‘Eagle OSH Eye’, perkukuh budaya keselamatan tempat kerja

Utusan Sarawak 7 hours ago
DBKU melancarkan aplikasi inovatif dikenali sebagai ‘Eagle OSH Eye’ Majlis Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Week) DBKU 2026 yang berlangsung di Kuching, hari ini. Foto: DBKU

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) melancarkan aplikasi inovatif dikenali sebagai ‘Eagle OSH Eye’ dalam usaha memperkasa budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan warga kerjanya.

Menurut kenyataan media DBKU hari ini, aplikasi tersebut diperkenalkan sempena Majlis Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Week) DBKU 2026 yang berlangsung di sini, hari ini.

Aplikasi Eagle OSH Eye DBKU dibangunkan sebagai satu inisiatif pemantauan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang menekankan pemerhatian berterusan di tempat kerja secara sistematik dan berkesan.

Melalui penggunaan teknologi imbasan kod QR, aplikasi ini berfungsi sebagai sistem pelaporan hazard secara proaktif, sekali gus membolehkan kakitangan mengenal pasti perlakuan tidak selamat, persekitaran berisiko serta amalan terbaik dengan lebih cepat dan tepat.

DBKU memaklumkan bahawa pelaksanaan aplikasi ini memperlihatkan pendekatan inovatif pihaknya dalam memperkukuh budaya pelaporan serta pencegahan risiko secara kolektif dalam organisasi.

FOTO DBKU

Pada masa sama, penganjuran Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Week) DBKU 2026 menjadi manifestasi komitmen berterusan pihak berkuasa tempatan itu dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat, selaras dengan tema global ‘Persekitaran Kerja Psikososial yang Baik: Laluan ke Arah Pekerja Sejahtera dan Organisasi yang Kukuh.’

Menurut DBKU, aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan tanggungjawab bersama yang merentasi semua peringkat organisasi, bukan hanya terletak kepada pihak pengurusan semata-mata.

Sehubungan itu, pelbagai program dan aktiviti turut dianjurkan termasuk kempen derma darah, taklimat kesedaran, pameran keselamatan, kuiz OSH, pameran Peralatan Perlindungan Diri (PPE), senamrobik serta aktiviti riadah seperti pertandingan catur, slingshot dan Jalan Santai OSH 1,000 langkah.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Pemangku Pengarah DBKU, Ts. Mohamad Faisal Adenan, yang turut menegaskan komitmen berterusan organisasi dalam memastikan setiap tugasan dilaksanakan dalam persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Semangat Aidilfitri perkukuh kerjasama agensi kerajaan
Next: Projek naik taraf jalan Paya Bakong dan jajaran Debak fasa 1 siap sepenuhnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.