Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis Perbandaran Padawan galak pembayar cukai sertai cabutan bertuah
  • Selatan
  • WILAYAH

Majlis Perbandaran Padawan galak pembayar cukai sertai cabutan bertuah

Utusan Sarawak 4 hours ago
TAN Kai bersama Kaunselor Mahmud Dato Sri Ibrahim

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) menganjurkan kempen ‘Bayar Cukai Taksiran dan Berpeluang Menang’ dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000 kepada pembayar cukai yang melunaskan bayaran cukai taksiran 2026 sepenuhnya.

Pengerusinya, Tan Kai, berkata kempen itu terbuka kepada semua pegangan berkadar dalam kawasan pentadbiran MPP yang didaftarkan di bawah pemilikan individu dalam Sistem Penarafan dan Pengebilan MPP, tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan.

Menurutnya, peserta yang layak perlu menjelaskan bayaran cukai taksiran bagi separuh tahun pertama dan kedua 2026 serta menyelesaikan sebarang tunggakan sebelum atau pada 31 Mei 2026.

“Majlis akan menggunakan sistem cabutan bertuah digital bagi pemilihan pemenang, manakala senarai pembayar cukai yang layak akan dijana mengikut terma dan syarat kempen,” katanya.

Beliau berkata sesi cabutan bertuah dijadualkan berlangsung pada akhir Jun 2026 dengan enam pemenang akan dipilih.

Tan berharap inisiatif itu dapat menggalakkan pembayar cukai menjelaskan cukai taksiran mereka dengan segera serta meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan pematuhan pembayaran tepat pada masanya.

Beliau turut menggesa orang ramai agar mengambil peluang tersebut dengan membuat bayaran penuh sebelum tarikh tutup bagi melayakkan diri menyertai kempen itu.

“Pembayaran tepat pada masanya bukan sahaja memberi peluang memenangi hadiah menarik, malah membantu majlis meneruskan usaha menyediakan perkhidmatan perbandaran dan program pembangunan komuniti demi manfaat semua,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Generasi muda perlu merebut peluang yang disediakan kerajaan melalui SPANS – Gerawat
Next: Orang ramai dijemput meriahkan Festival Budaya dan Makanan Bintulu 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.