Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Justin cetus kebangkitan, Malaysia ke suku akhir Piala Thomas 2026 
  • SUKAN

Justin cetus kebangkitan, Malaysia ke suku akhir Piala Thomas 2026 

Utusan Sarawak 4 hours ago
JUSTIN Hoh berjaya mengikat kedudukan menerusi perlawanan perseorangan apabila menewaskan Kalle Koljonen 21-14, 21-12 dalam tempoh 39 minit. Foto: Bernama

HORSENS: Malaysia tidak beraksi pada tahap terbaik, namun masih cukup untuk melakar kemenangan apabila bangkit daripada permulaan goyah menewaskan Finland 4-1 sekali gus mengesahkan slot ke suku akhir Piala Thomas 2026 di Forum Horsens hari ini.

Selepas tidak diturunkan ketika menang tipis 3-2 ke atas England pada perlawanan pembukaan Sabtu lepas, pemain perseorangan utama negara Leong Jun Hao gagal memberi impak apabila tewas kepada pemain di kedudukan ke-60 dunia Joakim Oldorff 17-21, 15-21 dalam tempoh 43 minit.

Pemain kedudukan ke-25 dunia itu kelihatan kurang konsisten dan agak berhati-hati, sekali gus memberi ruang kepada pemain berusia 23 tahun dari Finland itu menguasai permainan awal.

Bagaimanapun, kebangkitan Malaysia mula terserlah menerusi perseorangan kedua negara Justin Hoh yang berjaya mengikat kedudukan.

Pemain kedudukan ke-44 dunia itu menampilkan aksi bertenaga apabila menewaskan Kalle Koljonen 21-14, 21-12 dalam tempoh 39 minit, sekali gus mengekalkan rekod kemenangan bersih ke atas pemain ranking ke-52 dunia itu dalam dua pertemuan berturut-turut.

PEMAIN profesional negara Lee Zii Jia menyumbang mata ketiga selepas menundukkan Ananda Galvani Daniswara 21-19, 21-10 dalam tempoh 35 minit. Foto: Bernama

Momentum terus memihak kepada Malaysia apabila pemain profesional negara Lee Zii Jia menyumbang mata ketiga selepas menundukkan Ananda Galvani Daniswara 21-19, 21-10 dalam tempoh 35 minit.

Gandingan beregu lelaki nombor tujuh dunia Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani kemudian mengesahkan kemaraan Malaysia ke suku akhir apabila menewaskan pasangan Elliel Melleri-Niilo Nyqvist 21-12, 21-15 dalam aksi straight set.

Sementara itu, gandingan baharu yang diketuai juara dunia beregu lelaki 2022, Soh Wooi Yik bersama Tee Kai Wun melengkapkan kemenangan 4-1 selepas menewaskan Daniswara-Alvar Melleri 21-7, 21-14 dalam masa 24 minit.

Malaysia yang bergelar juara lima kali dijadualkan menentang juara 2014 Jepun dalam aksi terakhir merebut juara Kumpulan B, Rabu ini.

Kejohanan Piala Thomas 2026 yang bermula 24 April itu akan berlangsung hingga 3 Mei. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Salah tetap dapat perpisahan istimewa di Anfield – Van Dijk
Next: Sukma 2026 penting bagi persiapan atlet hadapi Sukan SEA tahun depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.