Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Sulaiman Usop tampil dengan single baharu Pergilah
  • HIBURAN

Sulaiman Usop tampil dengan single baharu Pergilah

Utusan Sarawak 7 hours ago
SULAIMAN Usop muncul single terbaharu berjudul Pergilah.

KUCHING: Penyanyi kelahiran Sarawak, Sulaiman Usop, kembali mewarnai industri muzik tempatan menerusi single terbaharu berjudul Pergilah, yang merupakan kesinambungan daripada lagu pertamanya Tentang Dia yang diterbitkan pada 2019.

Menurut Sulaiman, lagu Pergilah merupakan hasil ciptaan komposer tempatan Irvan Hamdan bersama Gunan Syah, yang juga bekas ahli kumpulan popular Indonesia, ST12.

Beliau berkata, proses penghasilan lagu tersebut mengambil masa agak panjang bermula apabila beliau dilamar oleh Irvan Hamdan, yang juga Finalis Anugerah MACP Pencipta Indie Popular 2025 Malaysia, sebelum demo dihantar ke Indonesia untuk mendapat sentuhan Gunan Syah.

PENYANYI kelahiran Sarawak, Sulaiman Ucop.

“Rakaman vokal dijalankan di Nett Music Production sebelum dihantar ke Jakarta bagi proses mixing dan mastering,” katanya dalam satu temu bual.

Mengulas mengenai jalan cerita lagu itu, Sulaiman menjelaskan Pergilah mengisahkan percintaan sepasang kekasih yang terpaksa berpisah akibat bantahan keluarga pihak wanita yang berlainan bangsa dan agama.

“Dalam muzik video, digambarkan wanita tersebut melarikan diri dalam persalinan pengantin untuk mencari kekasihnya, namun lelaki itu akhirnya reda apabila wanita tersebut memilih untuk mengikut kehendak keluarga,” ujarnya.

Sulaiman turut melihat trend penggunaan komposer Indonesia semakin mendapat tempat dalam industri muzik tempatan, dengan mencontohkan kejayaan artis seperti Siti Nurhaliza dan Ernie Zakri yang menerima sambutan hangat menerusi karya seumpamanya.

AKSI persembahan Sulaiman Ucop.

Dari segi susunan muzik, beliau menjelaskan Pergilah tampil dengan pendekatan lebih santai dan tidak terlalu menuntut vokal bernada tinggi, sekali gus menjadikannya mudah dinyanyikan oleh pelbagai lapisan pendengar berbanding Tentang Dia.

Dalam perkembangan sama, beliau menyifatkan antara momen paling bermakna apabila lagu tersebut dilamar oleh Luncai Emas Sdn Bhd sebagai penerbit dan pengedar.

“Saya berharap Pergilah dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat dan menjadi lagu siulan ramai, selain berpeluang dijadikan lagu runut bunyi (OST) untuk drama tempatan mahupun peringkat nasional,” katanya.

Tambahnya, sekiranya lagu itu mendapat sambutan, beliau berhasrat untuk meneruskan rakaman single ketiga yang bakal menampilkan kolaborasi trio bersama dua artis lain, yang juga merupakan hasil ciptaan Irvan Hamdan dan Gunan Syah.

Oleh Yanti Sham

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Festival Muzik Kuching 2026 janjikan malam penuh magis, muzik, emosi di Padang Merdeka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.