Uyaina Arshad angkat isu buli menerusi Ragging-Melawan Bungkam 

Facebook
WhatsApp
UYAINA Arshad, 32, mengangkat isu buli menerusi filem pertama terbitannya, Ragging-Melawan Bungkam, arahan Kamal Husni.

KUALA LUMPUR, 20 Oktober: Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengangkat isu buli serta akibat perbuatan itu menerusi filem pertama terbitannya Ragging-Melawan Bungkam sebagai sebahagian tanggungjawab sosial.

Pemilik nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, itu berkata filem berkenaan membawa mesej kepada masyarakat bahawa pembuli tetap dikenakan hukuman walaupun mempunyai kuasa atau pengaruh pangkat.

Beliau berkata idea menghasilkan filem arahan Kamal Husni dengan anggaran kos jutaan ringgit itu tercetus selepas mengikuti beberapa kes buli yang dilaporkan berlaku di negara ini, termasuk yang membawa kepada kematian.

“Saya dapat idea ini berdasarkan kes-kes yang ada di Malaysia. Makin lama makin banyak pula kes yang bukan sekadar kes buli, dah jadi kes bunuh dan sebagainya.

“Jadi, saya cakap mungkin sudah tiba masanya untuk kita ada cerita yang bukan mengagungkan perbuatan itu, tetapi kalau melakukan buli ataupun ragging, akibat dan kesannya begini. Hukuman yang akan dikenakan begini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Bekas pengacara rancangan Nona dan Wanita Hari ini itu berkata cabaran sebagai penerbit baharu menuntut pasukannya menghasilkan video pengenalan berdurasi 15 minit pada tahun lepas untuk membuktikan kemampuan mereka kepada bakal pembiaya dan jenama.

“Video itu membantu bakal pembiaya dan jenama melihat sendiri mutu visual serta gaya penceritaan filem berkenaan, sebab kalau membentangkan idea dengan bercakap sahaja sesiapa pun boleh buat.

“Apabila mereka tengok hasilnya, maka kami boleh buat filem itu sekarang sebagai syarikat yang masih baharu,” katanya.

Menurut Uyaina, sambutan sesi uji bakat berlangsung di luar jangkaan apabila bukan sahaja menarik peserta dari dalam dan luar negara, bahkan turut melibatkan kehadiran pelakon popular tanah air seperti Sweet Qismina, Adam Lee dan Syafiq Kyle bagi sesi tertutup.

“Sesi uji bakat bermula 9.00 pagi, tetapi 6.30 pagi mereka sudah beratur di luar pagar. Ada yang datang jauh dari Brunei, Pulau Pinang dan Melaka, jadi kami sampai balik lewat malam kerana menyantuni mereka,” katanya.

Filem Ragging-Melawan Bungkam melibatkan empat syarikat penerbitan, kini dalam peringkat praproduksi dan dijadual memulakan penggambaran pada Disember, dengan tayangan dijangka tahun depan.- Bernama

Buruh ditahan miliki syabu di Selangau

SELANGAU, 20 Oktober: Polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 26 tahun serta merampas dadah disyaki jenis Syabu, semalam. Ketua Polis