Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • UKM tersenarai 100 universiti terbaik di Asia, kedudukan tertinggi sejak 2016
  • PENDIDIKAN

UKM tersenarai 100 universiti terbaik di Asia, kedudukan tertinggi sejak 2016

Utusan Sarawak 8 hours ago

PUTRAJAYA: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencatat pencapaian paling membanggakan dalam tempoh sedekad apabila tersenarai dalam kelompok 100 universiti terbaik Asia, sekali gus menandakan lonjakan prestasi akademik dan penyelidikan universiti itu di pentas antarabangsa.

Pengiktirafan tersebut diumumkan menerusi penarafan Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2026 yang menyaksikan UKM menduduki tempat ke-87 iaitu kedudukan terbaik universiti berkenaan sejak 2016.

Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Sufian Jusoh berkata kejayaan itu mencerminkan peningkatan berterusan UKM dalam memperkukuh kecemerlangan akademik, memperhebat penyelidikan berimpak tinggi serta memperluas jaringan kerjasama antarabangsa.

“Alhamdulillah, pencapaian ini membuktikan UKM berada di landasan yang kukuh dalam usaha memperkasakan kecemerlangan global. Kedudukan ini mencerminkan keupayaan, dedikasi dan komitmen seluruh warga UKM dalam memastikan universiti terus relevan, berdaya saing serta memberi impak bermakna kepada masyarakat dan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sufian berkata UKM akan terus mempergiat usaha memperkukuh agenda pengantarabangsaan, meningkatkan kualiti penyelidikan dan memperluas kerjasama strategik dengan industri serta institusi antarabangsa.

Beliau berkata pencapaian itu adalah selari dengan pelaksanaan TEKAD 57 yang merupakan kerangka strategik baharu universiti, untuk menggerakkan hala tuju UKM bagi tempoh 2026 hingga 2030.

Penarafan THE Asia University Rankings 2026 menilai institusi pengajian tinggi berdasarkan 18 indikator utama meliputi aspek pengajaran, penyelidikan, impak penyelidikan, kerjasama industri dan pengantarabangsaan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pelajar luar bandar buktikan kemampuan dalam robotik
Next: Kerajaan bangunkan modul Fiqh Autisme, perluas kefahaman ibadah anak istimewa – Zulkifli

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.