Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki disyaki cabul wanita ditahan di Petra Jaya
  • JENAYAH

Lelaki disyaki cabul wanita ditahan di Petra Jaya

Utusan Sarawak 10 hours ago
GAMBAR hiasan.

PETRA JAYA: Polis berjaya menahan lelaki tempatan berusia 26 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes cabul di kawasan Petra Jaya.

Ketua Polis Daerah Kuching, Alexson Naga Chabu, berkata wanita berusia 20 tahun telah membuat laporan mendakwa bahawa kira-kira 5.50 pagi, 22 April lalu, mangsa dicabul oleh seorang lelaki di kawasan Kampung Sourabaya, di sini.

Suspek dipercayai meraba bahagian belakang badan serta punggung mangsa.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing awal mendapati suspek positif dadah, manakala semakan lanjut menunjukkan lelaki itu mempunyai enam rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian jenayah diminta menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-244444.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ugut bunuh adik guna parang, abang dicekup di Niah
Next: Lapan individu dikesan positif dadah dalam Ops Bersepadu SJR di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.