Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wilfred Yap kecewa terhadap pendirian DAP
  • TEMPATAN

Wilfred Yap kecewa terhadap pendirian DAP

Utusan Sarawak 10 hours ago
WILFRED Yap Yau Sin.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin hari ini melahirkan kekecewaan terhadap pendirian dari mula lagi Parti Tindakan Demokratik (DAP) menentang cadangan penambahan kerusi Dewan Undangan Negeri.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai usaha penting untuk memperkukuh kedudukan Sabah dan Sarawak dalam menuntut perwakilan Parlimen yang lebih besar selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Yap kecewa dengan pendirian DAP sarawak, gesa akauntabiliti dan penunaian janji akauntabiliti dan hasil, memandangkan dengan lima Ahli Parlimen dalam Kerajaan Persekutuan, DAP berada dalam kedudukan untuk melaksanakan peranan semak dan imbang dengan berkesan.

“Rakyat berhak mempersoalkan sama ada tindakan mereka hari ini selaras dengan kepentingan dan aspirasi Sarawak,” katanya.

Yap turut menegaskan bahawa sebarang usaha untuk meningkatkan perwakilan Sarawak, sama ada melalui penambahan kerusi DUN atau pelarasan kerusi Parlimen pada masa hadapan, perlu disokong dengan niat baik.

“Usaha ini penting bagi memastikan suara Sarawak tidak terhakis, sebaliknya diperkukuh dalam Persekutuan,” ujarnya.

Menyentuh isu persempadanan semula pilihan raya, beliau menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bertindak secara telus, adil dan bebas, serta memastikan sebarang proses persempadanan mengambil kira keunikan geografi dan demografi Sarawak tanpa menjejaskan negeri ini.

Beliau turut menegaskan komitmennya untuk terus memperjuangkan hak Sarawak, memperkukuh perwakilan politiknya serta memastikan kepentingan rakyat Sarawak kekal sebagai keutamaan di semua peringkat kerajaan.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan bersama syabu dalam Ops Tapis di Selangau
Next: LPKP Sarawak siasat kemalangan babit lori pengadun simen di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.