Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi DBP
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi DBP

Utusan Sarawak 8 hours ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada delegasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diketuai Ketua Pengarah DBP, Dr Hazami Jahari di Astana Negeri Sarawak, pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada delegasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Astana Negeri Sarawak, pagi tadi.

Delegasi DBP diketuai oleh Ketua Pengarah DBP, Dr Hazami Jahari.

Kunjungan hormat tersebut diadakan bagi menyampaikan warkah persilaan dan jemputan rasmi kepada Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah untuk hadir sebagai tetamu kehormat sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun DBP ke-70 serta Majlis Penutupan Rasmi Pertandingan Forum Remaja Madani, Piala TYT Yang di-Pertua Sarawak 2026.

YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada delegasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diketuai Ketua Pengarah DBP, Dr Hazami Jahari di Astana Negeri Sarawak, pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Pada pertemuan itu juga, pihak DBP telah membentangkan laporan terkini mengenai penerbitan buku Tun Wan Junaidi yang masih dalam proses suntingan.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menerima jemputan yang disampaikan dan merakamkan penghargaan kepada DBP atas kunjungan yang diadakan.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Abang Haliman Abang Julai; Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Dr Azizul Ismail; Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Norhasmanalinda Mustapa; Editor Bahagian Buku Umum, Zawinajah Md Kaslan; dan Penolong Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Coretta Herliana Kura serta tetamu kehormat lain.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Lebih 40,000 pemilih baharu didaftar dalam daftar pemilih tambahan Mac 2026 – SPR
Next: Premier Sarawak terima dua kunjungan hormat di Kompleks Satria Pertiwi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.